Kolaborasi antarabangsa melalui aplikasi Skype


Skype merupakan satu aplikasi yang sangat baik untuk menghubungkan para guru dengan guru lain dari seluruh negara. Sejak diambil alih oleh Microsoft, aplikasi Skype nampaknya begitu aktif digunakan oleh para pendidik dari seluruh dunia untuk berkolaborasi atau pun berkongsi tentang ilmu-ilmu pendidikan.

Penyertaan saya dalam platform Microsoft Educators Community (MCE) membuatkan pergaulan saya lebih luas dengan guru-guru dari seluruh dunia. Sepanjang pengalaman saya menggunakan aplikasi ini, ia sangat berguna dalam mempelbagaikan aktiviti PDPC kita dan dapat mendedahkan kepada pelajar tentang konteks antarabangsa dalam jiwa mereka.

Saya juga masih baru dalam menggunakan aplikasi Skype tetapi sepanjang menggunakan aplikasi ini saya dapat melihat guru-guru dari negara luar terutamanya India, Bangladesh dan Pakistan bersama pelajar-pelajar merekansangat bersemangat tinggi untuk menghadiri sesi Skype. Berdasarkan latar belakang kelas dan kemudahan persekolahan di negara-negara ini sedikit sebanyak menginsafkan saya kerana kemudahan sekolah-sekolah di negara kita sebenarnya jauh lebih baik dan seharusnya kita bersyukur.

Semangat ingin tahu dan ingin belajar oleh para pendidik dari seluruh dunia saya ingin jadikan contoh dalam meneruskan kerjaya saya sebagai seorang guru. Pengalaman 12 tahun menjadi guru sebenarnya belum cukup lagi untuk menjadikan saya guru yang terbaik dan saya ingin terus belajar bagi memanusiakan anak-anak didik supaya mereka dapat menjadi insan berjaya yang dapat menyumbangkan bakti kepada agama, anak bangsa dan negara pada masa hadapan.


Skype bersama pendidik Microsoft terkemuka, Atef El-Batal dari Qatar bersama 8 negara 
(Kelas tentang penganjuran Piala Dunia 2020, Qatar)



Bersama pelajar kelas tuisyen pendidik Microsoft Lan Pham, dari Vietnam.
(Pelajarnya membentangkan tentang sambutan perayaan masyarakat di Vietnam)


Salam perkenalan melalui Skype bersama Abdus Salam, guru dari Bangladesh


Lan Pham bersama 2 orang anaknya, yang juga pelajar kelas tuisyennya.

Comments