Menjawab KBAT menggunakan Kanvas KBAT & Sticky Notes




Video Klip Aktivit Menjawab KBAT secara berjemaah



Subjek  : Pendidikan Islam / Islamic Studies
Tugas   : MENJAWAB SOALAN KBAT SECARA BERJEMAAH
ABM    : KANVAS KBAT
Masa    : 1 jam
Kelas    : 3 Farabi / 3 Khazin
Konsep : Pembelajaran aktif menggunakan Sticky Notes

Tujuan  :

  • ·       Belajar berkongsi idea dengan rakan sekumpulan
  • ·       Dapat membuat banding beza idea sendiri dengan idea rakan
  • ·       Bekerjasama dalam mencapai matlamat melalui kolaborasi
  • ·       Melatih komunikasi pelajar apabila dikehendaki membentangkan idea mereka


Kanvas KBAT Pendidikan Islam


Kaedah pelaksanaan:

1.     Guru memberikan taklimat dan arahan ringkas tentang konsep Kanvas KBAT kepada ketua kumpulan

2.     Setiap kumpulan mendapat 1 kertas mahjung, pen & sticky notes untuk dibinakan Kanvas KBAT versi kumpulan masing-masing

3.     Setiap kumpulan boleh memilih mana-mana soalan KBAT daripada buku teks/buku latihan tetapi soalan tidak boleh sama dengan pilihan kumpulan lain.

4.     Setiap ahli kumpulan dikehendaki menjawab soalan KBAT tersebut tetapi perspektif jawapan mestilah berbeza di antara ahli kumpulan.

5.     Contohnya: Pelajar 1 dari Kumpulan A menjawab cara mengatasi masalah disiplin di sekolah ialah dengan melaporkan kepada guru. Pelajar 2, 3 atau 4 daripada kumpulan tersebut perlu memikirkan perspektif lain pula seperti dirujuk kepada kaunselor, diberikan jawatan tertentu dan sebagainya.

6.     Secara tidak langsung, pelajar dapat sama-sama melakukan brainstorming bagi menjana kepelbagaian idea bagi menjawab satu soalan.

7.     Masa 20 minit diberikan untuk menyelesaikan menjawab soalan dan menyiapkan template kanvas.

8.     Soalan dan jawapan ditulis atas sticky notes supaya pada masa akan datang, kanvas tersebut boleh digunakan lagi untuk menjawab soalan lain.

   Setelah selesai menjawab:

1.     Kanvas akan dipaparkan di dinding kelas.

2.     Guru menyemak dan menulis penambahbaikan kepada jawapan pelajar di atas sticky notes berbeza warna dan menampalnya dalam ruang jawapan pelajar tersebut

3.     Guru dapat menunjuk ajar pelajar dalam kumpulan kecil dan pelajar lebih fokus

4.     Guru beralih ke kumpulan lain dan meneruskan sesi teguran dan penambahbaikan

5.     Setelah guru selesai, ketua kumpulan akan menunggu di Kanvas KBAT kumpulan masing-masing dan menunggu lawatan daripada rakan-rakan dari kumpulan lain

6.     Dalam aktiviti ini, pelajar sentiasa bergerak dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti prmbelajaran di dalam kelas

Refleksi:

·       Dalam kelas ini, pelajar banyak didedahkan dengan beberapa skill iaitu:
o   Komunikasi
o   Kolaborasi
o   Pembelajaran Konstruktivisme

·       Penggunaan Sticky Notes dapat menggalakkan pembelajaran aktif kerana sifatnya yang fleksibel.

·    Pelajar kadangkala lebih mudah belajar dengan rakan sebaya kerana jurang perbezaan di antara mereka tidak jauh. Oleh sebab itu, aktiviti berkumpulan perlu selalu dilaksanakan supaya kelebihan ini dapat digunakan sebaik mungkin.

Comments