Tadarus dalam talian menggunakan aplikasi Flipgrid

Alhamdulillah..sesi Tadarus Al-Quran Virtual Flipgrid anjuran BADAR, MRSM Balik Pulau bermula pada hari ini. Program tadarus ini dilakukan pada setiap tahun, tetapi kali ini dengan kaedah yang sedikit berbeza iaitu secara dalam talian dari rumah masing-masing dengan menggunakan FLIPGRID dan TELEGRAM sebagai platform utama. Semoga tadarus ini berjalan lancar dengan izin Allah SWT.

Perjalanan tadarus virtual adalah seperti berikut:

Sesi 1: Hebahan dan Pendaftaran (3 hari)

-Hebahan dan iklan dilancarkan melalui Whatsapp & Wakelet
-Pendaftaran dibuka selama 3 hari dengan menggunakan Microsoft Forms
- Setelah pendaftaran selesai, peserta dibahagikan muka surat bacaan masing-masing.
- Jika peserta tidak ramai, tadarus ini akan dijalankan sebanyak 2 fasa. Fasa 1, peserta diberikan muka surat bacaan 2-5 muka surat sahaja untuk diselesaikan dalam masa 5 hari. Fasa 2 dijalankan untuk menghabiskan pembacaan bagi baki muka surat/juz yang belum dibaca.
-Sukarelawan seperti AJK BADAR atau mana-mana peserta yang berrminat akan dibahagikan muka surat yang lebih banyak untuk dihabiskan. Contohnya, 1 peserta membaca 20 muka surat (1 Juz)

Sesi 2: Bertadarus

Fasa 1 (5 hari):
-Setiap peserta diberikan 5 muka surat setiap seorang
-Peserta diberikan 10 minit untuk 1 sesi rakaman. Jika tidak cukup masa, peserta boleh menghantar lebih daripada 1 video.
-Terpulang kepada keselesaan peserta bagaimana hendak merakam aksi mereka. Tunjuk muka, al-Quran atau hanya "tunjuk" suara sahaja.

Fasa 2 (5 hari)
-Peserta yang berminat akan dibahagikan muka surat pembacaan yang baru bagi menghabiskan baki muka surat/Juz yang belum disempurnakan lagi
-Sebagai contoh 1 peserta=20 muka surat (1 Juz)
Sesi 3: Khatam Al-Quran
-Khatam al-Quran akan dijalankan secara atas talian menggunakan platform Microsoft Teams
-Setiap peserta akan dijemput masuk ke dalam ruangan meeting Microsoft Teams melalui perkongsian link dan emel maktab/sekolah





Jutaan terima kasih diucapkan kepada mentor saya, saudara Aliff Othman atas kesudian memberikan khidmat nasihat khususnya pada aspek teknikal dalam penggunaan aplikasi Flipgrid ini. 

Juga Ustaz Romei Ngah, Ustazah Zulaikha selaku Penasihat BADAR dan AJK BADAR MRSM Balik Pulau. Untuk program ini saya terlibat dalam menyediakan platform dan membantu dalam aspek teknikal.

Kepada pihak yang berminat menganjurkan sesi Tadarus Virtual menggunakan Flipgrid, boleh klik pautan ini https://wke.lt/w/s/COzJg_

Ada beberapa dokumen dan bahan yang saya kongsikan untuk kita sama-sama mengimarahkan lagi Ramadhan kali ini dengan ibadah tadarus. Semoga bermanfaat.
.
Mulakan perjalanan Flipgrid anda dengan mendaftar sebagai pendidik Flipgrid sekarang 

https://signup.flipgrid.com/from/mohd7743

Comments