Pengalaman Menarik Menggunakan Wakelet


Pengalaman Menarik Menggunakan Wakelet

Wakelet adalah satu platform yang menjadi kegemaran saya menggunakannya. Hal ini kerana, ia sangat mudah dan boleh menjadikan penyusunan kerja kita lebih sistematik. Sejak menggunakan Wakelet, saya tidak lagi menggunakan fail-fail fizikal (fail poket, fail tebal) yang memenuhi ruang kerja saya di bilik guru. Kecuali pada bahan-bahan dokumentasi yang lama-lama. Dan itu semua juga dalam proses untuk saya pindahkan ke dalam bentuk PDF menggunakan (Cam Scanner). Saya menyasarkan semua kerja pemindahan fail fizikal ke dalam bentuk digital akan selesai dalam tahun ini juga. 

Tentu sekali saya menggunakan Wakelet untuk menyimpan semua dokumentasi PDF fail-fail lama tersebut memandangkan ia percuma 100% tanpa ada agenda tersembunyi meminta penggunanya membayar sejumlah wang untuk kemaskini penggunaan platform tersebut. Itulah yang menyebabkan saya terus istiqamah dalam menggunakan Wakelet.

Beberapa bahan pembelajaran secara dalam talian saya sediakan melalui koleksi Wakelet. Memandangkan terdapat banyak masalah untuk menjalankan kelas sidang video secara langsung seperti pelajar kekurangan data, tiada peranti sendiri dan pinjam daripada ibu ayah, talian internet tidak memuaskan dan sebagainya, saya memilih untuk menjalankan Remote Learning saya melalui kaedah Asyncronous iaitu pembelajaran dijalankan secara Remote Learning tetapi secara tidak langsung. Pelajar disediakan set pembelajaran kendiri yang lengkap dengan pautan ke laman buku teks, video youtube, rakaman arahan dan taklimat guru melalui aplikasi Flipgrid (Shots) dan juga kuiz (Microsoft Forms & Quizizz). 

Semua pautan ini saya hubungkan melalui Wakelet yang boleh diakses pada bila-bila masa di mana sahaja oleh para pelajar. Kehadiran saya rekodkan melalui penghantaran tugas pelajar dalam Microsoft Forms yang saya hubungkan melalui Microsoft Teams. InsyaAllah, pada hantaran selepas ini akan saya terangkan lebih lanjut bagaimana saya menjalankan Asyncronous Learning menggunakan Wakelet yang boleh menyelesaikan masalah yang para pendidik hadapi ketika menjalankan kelas secara langsung atau live streaming.


 Koleksi Wakelet saya setakat ini. 
Terima kasih juga kepada para pendidik yang follow saya di Wakelet. 
Jom kita share ilmu

 Analisis yang dikeluarkan oleh Pendidik Digital My mengenai statistik Webinar sempena
#MingguWakeletMy tempoh hari. 


Syabas pendidik Malaysia atas sambutan hangat dalam semua 
siri Webinar yang dianjurkan oleh Pendidik Digital MY

Kenangan ketika mula-mula memperkenalkan Wakelet kepada para pelajar.

Ada beberapa projek sempena PKP dan pembelajaran Remote Learning yang saya jalankan kebelakangan ini. Untuk melihat dengan lebih lanjut bagaimana saya melaksanakan kelas ini, silakan berkunjung ke Wakelet saya di pautan ini https://wakelet.com/@faisalfadzil. Kebanyakan koleksi saya Public-kan sebagai perkongsian untuk pertukaran idea dengan para pendidik semua. Terima kasih atas sokongan kepada cikgudaninovasi.blogspot.com.

 Remote Self-Learning (Asyncronous Learning) using Wakelet

                                Remote Self-Learning (Asyncronous Learning) using Wakelet



Mini-LMS using Wakelet for Islamic Studies Subject Form 3

Set 1 Self Learning (Package: Text, Video, Tutorial, Online Quiz)

Comments