"Murid-murid boleh buat kerja sendiri, cikgu ada tugas lain nak diselesaikan"

"Murid-murid boleh buat kerja sendiri, cikgu ada hal sekejap"

Inilah ungkapan "emas" yang satu ketika dulu, kami pelajar-pelajar selalu harapkan daripada cikgu. Buat kerja sendiri umpama satu kemerdekaan. Paling menghiburkan apabila melihat gelagat Cikgu Shaari "hari-hari cikgu main bola", lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Masam-masam Manis.

Ada yang melihat kaedah ini satu kesalahan kerana berpegang guru mesti berada bersama-sama pelajar dalam satu masa. Saya pula melihat ungkapan ini secara positif kerana ia sebenarnya sangat berkait rapat dengan Pembelajaran Abad ke 21 kerana salah satu ciri PAK-21 ialah Pembelajaran Kendiri atau pun Self-Regulation/Learning.

Lebih-lebih lagi ketika ini para pendidik giat mengamalkan Remote Learning akibat pandemik Covid-19 yang melanda. Ringkasnya, saya cuma ingin berkongsi yang Remote Learning ada dua kaedah utama iaitu Synchronous Learning (guru & pelajar bertemu dalam masa dan tempat yang sama secara virtual, kaedah pengajaran hampir sama seperti pertemuan secara bersemuka) dan Asynchronous Learning (pelajar menyelesaikan tugas mengikut masa sendiri berdasarkan tempoh masa tertentu, guru menyediakan bahan pembelajaran yang membolehkan pelajar berkolaborasi pada bila-bila masa, di mana sahaja).

Sempena PKP yang berlangsung, saya ada menyediakan beberapa set pembelajaran yang dijalankan secara Asynchronous Learning menggunakan platform Wakelet sebagai tapak utama bagi menghubungkan video pengajaran, petikan buku teks dan kuiz/intervensi (Microsoft Forms & Flipgrid). Segala arahan langkah demi langkah telah disediakan dalam ruang pembelajaran Wakelet ini seumpama sebuah LMS (Learning Management System), supaya pelajar boleh mempelajari set pembelajaran ini dengan tunjuk ajar yang minimum daripada guru. Sesi sidang video dijalankan hanya untuk tujuan intervensi bagi mereka yang memerlukan.

Saya cuma perlu mengesan kehadiran pelajar dengan Microsoft Forms. Kaedah ini tidak memerlukan kita terlalu bergantung kepada sesi sidang video secara langsung yang kadang-kadang menghadapi masalah seperti pelajar/guru kekurangan data, talian internet kurang memuaskan akibat cuaca ketika sesi berlangsung, pelajar tiada peranti kerana mak ayah bawa ke pejabat dan lain-lain. Pembelajaran berlaku pada bila-bila masa.

Lihat gambar perkongsian di bawah atau layari https://wakelet.com/@faisalfadzil untuk melihat bagaimana saya menggunakan
Wakelet
sebagai medium pembelajaran dalam talian.








Comments