Pendigitalan Fail Homeroom


Bagi warga MRSM, Homeroom adalah komuniti yang sangat dititikberatkan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademik. Secara ringkasnya, Homeroom boleh diumpamakan seperti program keluarga angkat di mana guru akan memantau kebajikan para pelajar di bawah seliaan mereka.

Dek kerana kepentingannya, pengurusan fail Homeroom perlu sistematik supaya program ini berjaya mencapai objektifnya.
Video ini berkongsi serba sedikit bagaimana saya mendigitalkan fail keras secara dalam talian dan menggunakan platform Microsoft Teams untuk menguruskan perjalanan dan perekodan aktiviti Homeroom.
Saya juga mengintegrasikan dan menggunakan aplikasi-aplikasi dalam akaun Office 365 seperti OneNote, Class Notebook, MS Forms serta One Drive secara maksimum bagi memudahkan pengurusan fail ini.
Sudi-sudikan menonton dan saya juga ingin mengetahui perkongsian amalan terbaik sahabat-sahabat dalam pengurusan kerja harian masing-masing😀

Comments