Buah Tangan Daripada Microsoft Edu Malaysia


Tahun ini adalah tahun istimewa bagi para pendidik yang dilantik sebagai Microsoft Innovative Educator Expert bagi Sesi 2020/2021 kerana kali ini kami diberikan cenderamata kenang-kenangan daripada Microsoft Malaysia berupa colar pin, thermos mug dan pelitup muka istimewa dengan logo MIE Expert. Cenderamata ini sangat bermakna, lebih-lebih lagi dengan kad ucapan tahniah yang disertakan sekali.

Terima kasih pihak Microsoft Edu Malaysia terutamanya orang kuat di belakang tabir, Encik Zulhilmi dan Puan Sumayyah yang sentiasa proaktif dan tidak pernah jemu menyebarluaskan ilmu tentang kelebihan menggunakan produk Microsoft terutamanya akaun Office 365 yang dibekalkan secara percuma kepada para pendidik seluruh negara.

Penggunaan akaun Office 365 yang mengandungi berpuluh-puluh aplikasi menarik bidang pendidikan amat menarik dan bermanfaat sekali untuk digunakan dalam bidang teknologi pendidikan. Lebih-lebih lagi, dengan ketidaktentuan situasi yang dialami, aplikasi-aplikasi ini sangat membantu dalam memudahkan urusan pendidik dan pelajar mengharungi pembelajaran jarak jauh seperti Remote Learning dan Hybrid Learning.

Jom sertai komuniti hebat pendidik seluruh dunia di Microsoft Educator Center (MEC). Pendaftaran adalah PERCUMA dengan beberapa langkah mudah sahaja. Platform ini adalah pusat sehenti para pendidik yang boleh dijadikan tempat pembelajaran ilmu-ilmu pendidikan terutamanya berkaitan teknologi pendidikan dan Pembelajaran Abad Ke-21. 

Paling menarik kita boleh mengambil lebih 200 kursus-kursus pensijilan peringkat antarabangsa dan dapat melihat perkongsian menarik mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari seluruh dunia yang pastinya dapat membuka minda dan idea pendidik di Malaysia untuk mengaplikasikannya dalam aktiviti PDPC masing-masing.

Anda juga berpeluang untuk menyertai komuniti Microsoft Innovative Educator Expert yang dibuka penyertaannya pada setiap tahun:)

Comments