Kelas Online Lebih Mudah Dengan Wakelet

Video Tutorial Asas Wakelet (Klik di sini)

Alhamdulillah, pada hari semalam selesai sesi perkongsian saya mengenai asas penggunaan Wakelet. Sesi webinar ini adalah anjuran blog ini dengan kerjasama saluran Youtube Cikgu Fitri.

Ia diadakan menggunakan platform Microsoft Teams dan dipancarkan juga secara langsung ke Youtube Cikgu Fitri. Lebih kurang 60 orang pendidik dari pelbagai negeri hadir dalam perkongsian ini. Kami tidak mewar2kan secara besar-besaran program ini kerana lebih memfokuskan kepada para pendidik yang baru hendak mengenali apa itu Wakelet. 

Sebahagian peserta berjaya mencipta akaun Wakelet masing2 dan ada juga yang memiliki koleksi pertama sebelum webinar berakhir. Tahniah diucpakan😊

Untuk mendapatkan nota PDF berbahasa Melayu atau lain-lain bahasa, bolehlah klik pautan ini Nota Wakelet

Comments