Kursus tahunan 7 hari belum cukup lagi? Nak tambah koleksi sijil peringkat antarabangsa?

Atau bos suruh isi laporan borang BDR, suruh isi kerja apa yang kita buat hari ni? Cadangan saya, kita ambil peluang berkursus di Microsoft Educator Center (MEC). Ia satu platform pembelajaran dan kursus secara online khusus untuk para pendidik seperti guru, pensyarah, tutor, nazir, pentadbir institusi pendidikan dan seumpamanya.

MEC bukan sahaja berkisar tentang aplikasi dan produk Microsoft, tetapi banyak perkongsian dan update bidang pendidikan terutamanya berkaitan Pembelajaran Abad Ke-21 yang sangat bermanfaat untuk para pendidik.
Terdapat pelbagai jenis kursus dan program pensijilan yang boleh dicuba bagi memenuhi keperluan kursus tahunan anda dengan disediakan SIJIL dan TRANSKRIP sebagai dokumen rasmi. BADGES dan POINTS juga disediakan sebagai pengiktirafan dan motivasi diri. Rekod JAM berkursus juga disertakan sekali dalam transkrip anda. Paling penting ia PERCUMA dan peringkat ANTARABANGSA.
Saya sediakan sedikit tutorial dan review ringkas bagaimana memulakan perjalanan anda di Microsoft Educator Center (MEC). Selamat mencuba!






















Comments