Pelancaran semula saluran Youtube Cikgu dan Inovasi


Seminggu dua ini ada beberapa projek yang saya buat bagi memenuhi keperluan Bekerja Dari Rumah (BDR). Antaranya, saya ingin aktif kembali dalam arena Youtube. Sebelum ini, saya hanya muatnaik beberapa video sahaja tentang aktiviti PDPC yang saya lakukan bersama pelajar. 

Sejak norma baharu ini, saya melihat perkongsian mengenai kaedah PDPR pula yang mendapat perhatian para pendidik. Oleh itu, saya juga tidak mahu ketinggalan dalam merancakkan lagi dunia pendidikan kita dengan perkongsian berbentuk tutorial tentang asas teknologi pendidikan. Beberapa hari ini, saya mengambil masa rebranding saluran Youtube yang sebenarnya telah diwujukan sejak 9 bulan lepas.

Sempena PDPR yang sedang berlangsung sekarang, blog pendidikan cikgudaninovasi.blogspot.com telah melancarkan program Siri Tutorial Asas, Teknologi Pendidikan Abad Ke-21 dalam bentuk video Youtube dan juga 3 siri webinar. Webinar yang telah berlangsung ialah Maximising Teaching And Learning Outcomes Using Teams (13 Nov 2020), Belajar Asas Microsoft Teams (18 Nov 2020) dan Kelas Online Lebih Mudah Dengan Wakelet (19 Nov 2020). Ketiga-tiga webinar ini berlangsung melalui Microsoft Teams dan ditayangkan secara langsung ke saluran Youtube Cikgu Fitri, salah seorang Youtuber dari MRSM Balik Pulau yang sering menjadi rujukan saya. 

Poster rasmi program Siri Tutorial Asas bagi mempromosi blog ini

Saluran  Cikgu Fitri yang menjadi rakan kolaborasi bagi menayangkan
beberapa siri webinar melalui saluran Youtube beliau

Saluran Youtube Cikgu dan Inovasi pada minggu ini akan memfokuskan kepada tutorial asas Microsoft Teams sebagai pengisian program siri tutorial asas. Beberapa video tutorial telah dimuatnaik sebagai rujukan para pendidik yang ingin belajar tentang asas penggunaan Microsoft Teams.

Jom layari saluran Youtube cikgu dan inovasi yang berwajah baru dengan beberapa video Siri Tutorial Asas Teknologi Pendidikan Abad Ke-21 yang akan dimuatnaik dari semasa ke semasa. Jangan lupa Subscribe ye. 

Comments