Tahniah MARA punya barisan Microsoft Innovative Educator Expert seluruh Malaysia

Seronok membaca buletin E-Berita Pendidik edisi Julai-September 2020 sebab ada berita tentang kejayaan-kejayaan warga MARA di seluruh Malaysia, di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Berita sebegini dapat dijadikan motivasi kepada semua pihak agar terus cemerlang dan mencipta kejayaan supaya dapat dicontohi.

Alhamdulillah, edisi kali ini ada berita tentang kejayaan 49 orang Pendidik MARA yang ditauliahkan sebagai Microsoft Innovative Educator Expert (MIEExpert) bagi sesi 2020/2021 yang merupakan satu pencapaian yang membanggakan di peringkat antarabangsa. Saya tumpang berbangga juga dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan pendidik ini. 



Semoga kumpulan pendidik ini dapat menyebarluaskan lagi penyampaian dan perkongsian ilmu tentang teknologi digital dan juga pengamalan Pembelajaran Abad Ke-21 kepada warga MARA khususnya dan masyarakat umumnya.

Saya ingin mengambil kesempatan kepada Puan Wan Juliana dari Bahagian Pendidikan Menengah MARA selaku (MIE Fellow) yang banyak membimbing dan pro-aktif dalam menggerakkan kumpulan pendidik ini. 

Begitu juga Cikgu Aliff Othman (MIE Fellow) dari MRSM Tun Muhamad Fuad Stephen, Sandakan antara mentor dan rujukan utama saya dalam bidang teknologi pendidikan. Boleh lihat dalam senarai, ramai pendidik dari MRSM tersebut telah mencapai kejayaan ini di bawah bimbingan beliau. Tidak lupa juga kepada Encik Zulhilmi dan Puan Sumayyah dari Microsoft Malaysia, juga kepada Team Admin MARA Digital Learning yang hebat-hebat belaka. Anda semua inspirasi saya.

Boleh baca e-berita terbaru ini di pautan 

E-Berita Pendidik (Jul-Sept 2020)


Comments