Kursus inovasi dalam talian. Mesti cuba. Santai dan menarik!


 Alhamdulillah, hari pertama cuti sekolah pada tahun ini saya isi dengan aktiviti menuntut ilmu secara dalam talian. Kalau sebelum ini, saya banyak mengambil kursus pensijilan dalam talian melalui saluran Microsoft Educator Center, hari ini saya cuba tambah baik dan ulangkaji ilmu tentang inovasi iaitu Design Thinking melalui kursus dalam talian secara percuma melalui laman https://www.openinnovation.asia.

Terdapat pelbagai kursus pensijilan dalam talian mengenai inovasi dan kepimpinan yang disediakan dalam platform ini. Apa yang lebih menarik, laman pensijilan ini dibangunkan oleh syarikat dari Malaysia iaitu DT Leadership Sdn Bhd yang diterajui oleh Coach Khairul Anwar.

Melalui pengamatan saya, ada lebih kurang 17 kursus berkaitan inovasi, kepimpinan, keusahawanan dan pengurusan yang disediakan dalam laman ini. Ada beberapa kursus yang ditawarkan secara percuma dan ada juga yang berbayar pada kadar yang berpatutan.

Kepada sesiapa yang berminat mengambil pensijilan secara dalam talian dan ingin menambah ilmu pengetahuan boleh mencuba mengikuti kursus dalam talian melalui laman ini yang disampaikan secara santai. Terdapat pelbagai video pembelajaran menarik dan bahan pembelajaran yang disediakan.

Kursus Design Thinking (Case Studies) yang telah saya selesaikan


Antara kursus dalam talian yang ditawarkan


Comments