Pembentangan nampak hebat dengan PREZI.COM

Prezi.com adalah satu platform pendidikan yang sangat menarik untuk dicuba. Secara ringkasnya, ia digunakan untuk tujuan pembentangan.

Sebagai contoh sahaja, ia seolah-olah gabungan di antara Streamyard, Flipgrid dan Power Point dengan menggunakan konsep AR jika kita menggunakannya untuk tujuan merakam video.

Anda boleh terus menulis di skrin, upload gambar daripada pelbagai sumber sama ada daripada onedrive, google drive, desktop atau mencari gambar atau ikon menarik daripada sumber perpustakaan internet yang disediakan dalam Prezi.

Salah satu ciri yang saya suka dalam Prezi adalah Presenter Notes. Anda boleh lihat skrip video anda tanpa penonton sedar yang sebenarnya pembentangan anda sedang dibantu oleh skrip😁

Lebih 60-70 pilihan template sedia ada bagi akaun asas (percuma) 

Anda juga boleh menggunakan template daripada pengguna lain dari seluruh dunia

Video yang telah siap boleh dikongsikan melalui link, muat turun atau
terus Share ke sosial media atau kelas anda (Google Classroom)
Saya baru mencuba fungsi Prezi Video sahaja. Itu pun sudah sangat menarik. Selepas ini, saya ingin mengeksplorasi 2 lagi fungsi utama Prezi iaitu Prezi Design dan Prezi Present.
Jom, cuba gunakan Prezi untuk pembentangan yang lebih menarik.

Video pertama saya bersama Prezi.com


Comments