Pada 23 & 26 April 2021, saya berpeluang mengikuti kursus Kursus Minecraft in Education for STEM yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Kursus ini melibatkan guru-guru komputer dan beberapa orang lagi guru lain-lain subjek dari MRSM seluruh Malaysia.
Kursus ini dikendalikan oleh para jurulatih dari Crafty Minds Sdn Bhd. Banyak ilmu yang diperolehi terutamanya mengenai asas penggunaan Minecraft dalam pengamalan STEM di sekolah. Lebih-lebih lagi, pelajar-pelajar MRSM telah disediakan akaun Office 365 masing-masing, yang juga boleh digunakan dalam Minecraft Education Edition.
Laman yang dapat membantu para pengguna Minecraft untuk belajar asas coding yang dikongsikan oleh penceramah |
Pada pendapat saya, Minecraft adalah lebih daripada sekadar game. Ia boleh digunakan untuk membina pemikiran saintifik dalam kalangan pelajar dan boleh menjadi satu platform untuk menyemarakkan minat mereka dalam STEM. Pelbagai bentuk lesson plan yang dikongsikan oleh pihak Minecraft dan para pendidik dari seluruh dunia. Lesson plan ini sebagai panduan bagaimana menggunakan World yang telah dibina oleh pendidik tersebut. Yang paling menarik, World atau Map ini boleh digunakan semula dan boleh diubahsuai mengikut keperluan kita dan pelajar.
Dalam kursus ini, kami didedahkan dengan laman Hour of Code dan Code.org yang sangat menarik untuk mereka yang berminat untuk belajar asas pengekodan. Pelbagai kursus, bahan pembelajaran dan aktiviti menarik serta pensijilan yang disediakan dalam laman ini. Saya juga berjaya memperoleh sijil asas Hour of Code yang begitu terkenal itu.
Belajar asas pengekodan melalui platform Hour of Code yang sesuai untuk golongan pemula kanak-kanak mahupun dewasa |
Laman Hour of Code disediakan dalam pelbagai bahasa. Yang menariknya, pilihan Bahasa Melayu diejakan dalam tulisan jawi |
Idea saya bagaimana menggunakan Minecraft dlm aktiviti Kelab Rekacipta@Inovasi sekolah |
Secara keseluruhannya, kursus dua hari ini dapat mendedahkan kepada para peserta tentang kelebihan Minecraft Education Edition dalam menyediakan pelajar kepada STEM. Melalui pengetahuan dalam Minecraft, pelajar akan menjadi lebih kreatif dan mengamalkan ciri-ciri pembelajaran PAK-21 dalam 21th Century Learning Design seperti Self-Regulation, Collaboration, Knowledge Construction, Use of ICT for Learning, Real World Problem Solving dan Skilled Communication.
Comments
Post a Comment