Flipgrid adalah salah satu aplikasi dan platform yang saya suka pakai terutamanya bagi tujuan PdPR. Ia sangat sesuai bagi topik pembelajaran yang melibatkan lisan, demonstrasi atau pun praktikal.
Bagi subjek Pendidikan Islam, saya gunakan Flipgrid untuk mentaksir pelajar melalui video dalam aktiviti lisan seperti hafazan, tilawah al-Quran, bacaan hadis dan pembentangan. Segala penyimpanan evidens dilakukan secara dalam talian sepenuhnya tanpa melibatkan setoran peranti anda.
Bagi aktiviti ko-kurikulum, saya gunakan Flipgrid dalam proses pemilihan pengawas sekolah (Lembaga Disiplin Pelajar), aktiviti berkumpulan dalam bengkel inovasi dan lain-lain.
Penilaian dan komen juga dilakukan secara dalam talian. Cepat dan mudah, lebih-lebih lagi ketika musim PdPR ketika ini.
Saya sedang menyiapkan beberapa siri video tutorial ringkas bagi memperkenalkan Flipgrid dan kelebihannya. Jom ikuti saluran Youtube Cikgu dan Inovasi (klik di sini) untuk mengikut siri tutorial Flipgrid dan banyak lagi video-video berkaitan teknologi pendidikan dan PAK-21.
Comments
Post a Comment