Ujibakat peserta dengan Microsoft Forms

 


Musim PdPR ini, mencari calon peserta untuk penyertaan dalam apa-apa pertandingan agak sukar. Microsoft Forms sesuai digunakan untuk tujuan tersebut.

Saya menggunakan fungsi File Upload dalam Microsoft Forms untuk pelajar memuat naik rakaman video/audio/pautan Youtube dll. Dokumen tersebut akan disimpan terus ke dalam 1 folder di One Drive. Guru boleh menilai persembahan contohnya bacaan Al-Quran peserta terus daripada Forms, atau mengaksesnya daripada One Drive.

Penyimpanan eviden dan data maklumat peribadi pelajar dapat dikumpulkan secara lebih sistematik, selamat dan tidak menggunakan setoran dalam peranti kita kerana disimpan dalam 'awan'. Lebih menarik, ia boleh di'convertkan' dengan sangat mudah dalam bentuk MS Excel. Boleh juga dikongsi bersama para juri yang lain untuk proses penilaian peserta.

Microsoft Forms dipilih sebagai medan ujibakat dan platform alternatif pertandingan dalam talian kerana sifatnya yang mudah, ringkas, mudah diakses tanpa perlu muatturun sebarang aplikasi dan menggunakan akses internet yang sangat minimum. 

Jom guna Microsoft Forms

#PAK21

#pdpr2021

#microsoftforms

#MIEExpert


Comments