Alhamdulillah kursus asas penjurian bagi pertandingan inovasi telah berjaya diikuti. Pelbagai ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini berlangsung terutamanya bagaiman menjadi juri yang baik, dan bagaimana sesebuah projek inovasi itu dinilai.
Saya dapat simpulkan di sini adalah setiap pertandingan inovasi itu ada objektifnya yang tersendiri dan tidak sama. Kadangkala mendapat pingat emas dalam satu pertandingan tidak semestinya mendapat emas juga dalam pertandingan yang lain. Terpulang kepada rubrik pemarkahan yang ditetapkan. Yang paling utama adalah di manakah kedudukan satu-satu projek itu sama ada di peringkat idea atau pun sudah pada tahap pengkomersialan. Ia boleh diukur menggunakan Technology Readiness Level (TRL).
Selain TRL, Design Thinking, pengkomersialan, IP, penjurian, pitching, penganjuran inovasi turut didedahkan kepada kami. InsyaAllah, perkongsian tentang perkara ini akan saya ulas pada hantaran-hantaran pada masa akan datang.
Sedikit ulasan tentang kursus ini ada saya kongsikan pada hantaran sebelum ini di pautan berikut https://cikgudaninovasi.blogspot.com/2021/06/jun-yang-penuh-kenangan.html
Comments
Post a Comment