Webinar kepada warga pendidik MRSM Betong, Sarawak

Sesi 1: Office 365, Teams, OneDrive, Microsoft Educator Center (MEC)
17 Ogos 2021

Sesi 1 yang berlangsung selama 2 jam dijalankan dengan sesi pengenalan kepada Microsoft Teams dan One Drive. Teams adalah salah satu platform terbaik dalam Office 365, yang sentiasa ditambahbaik. Terdapat banyak pembaharuan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa yang dilakukan oleh pihak Microsoft. Apa yang menarik, Teams adalah gabungan di antara mesyuarat dalam talian dan LMS dalam satu  platform.

OneDrive jika digunakan secara maksimum akan menjadikan pengurusan tugasan rasmi dan peribadi menjadi lebih lancar, sistematik dan lebih selamat.




Pada penghujung sesi, saya sempat memperkenalkan tentang Microsoft Educator Center (MEC) yang boleh dijadikan sebagai platform kursus pendidikan dan pensijilan antarabangsa secara dalam talian.

Para peserta disediakan kod untuk ditebus dalam MEC. Jam dan rekod kursus akan dicatatkan dalam transkrip masing-masing yang boleh dimuatturun dalam bentuk PDF atau dicetak bagi tujuan dokumentasi dan keperluan kursus tahunan.


Sesi 2: One Note, Class Notebook, Microsoft Forms
24 Ogos 2021






Untuk sesi kedua, saya berkongsi tentang kelebihan One Note, Class Notebook dan Microsoft Forms. Seperti biasa, Puan Hilda Binson, sahabat lama di MRSM Tawau yang kini Ketua Jabatan Bahasa di MRSM Betong menjadi moderator untuk program ini.

Sesi kali ini mendapat penyertaan daripada warga MARA dari MRSM Mukah dan MRSM Kuching juga. Saya menekankan bagaimana penggunaaan Class Notebook dapat diintegrasikan dengan Microsoft Teams sebagai contoh melalui fungsi Assignments.

Untuk Microsoft Forms, saya menekankan bagaimana ringkas dan mudahnya menggunakannya terutamanya untuk tujuan peperiksaan kerana ciri-ciri keselamatan dan fungsi yang lengkap.


Sesi 3: Flipgrid, Wakelet, Microsoft SWAY dan Power Point
7 September 2021

Sesi yang ketiga ini diisi dengan perkongsian tentang aplikasi dan platform menarik yang boleh digunakan oleh warga pendidik. Wakelet adalah satu platform yang membolehkan kita mencipta, menyusun dan kongsikan segala bentuk pautan di internet dengan lebih sistematik.

Ia juga boleh digunakan sebagai media sosial dan mengendalikan kelas secara dalam talian. Flipgrid pula adalah platform berasakan video yang dapat melatih pelajar mengembangkan idea dan memperkasa suara mereka. SWAY boleh diibaratkan adik kepada Power Point dengan fungsi interaktif dan lebih ringan.

Sesi ini berlangsung selama 2 jam dengan memfokuskan asas dan pengenalan kepada platform-platform tersebut.


Semua sesi dirakamkan oleh Cikgu Amalina dari MRSM Betong. 
Dapatlah tonton semula sebagai bahan ulangkaji. Terima kasih diucapkan.

Bersama Puan Ramlah binti Salleh, Pengetua MRSM Betong dan
Puan Hilda Binson, Moderator ketika sesi penutup. Encik Mohammad Gahffari,
Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik, MRSM Betong juga
orang kuat di sebalik webinar ini.


Terima kasih diucapkan kepada pihak MRSM Betong kerana sudi menjemput saya berkongsi sedikit ilmu yang ada. Terima kasih kepada para peserta juga. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak tuan rumah atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini.

Comments