Computational Thinking dapat selesaikan masalah kehidupan seharian kita


Kerja rumah PdPR anak memeningkan kepala anda?

Disebabkan selalu terlepas pandang kerja rumah anak-anak dalam timbunan WhatsApp group, kami cuba mudahkan dengan memindahkan informasi ringkas tugasan ke dalam Kanvas Kerja Sekolah.

Cuma gunakan sticky notes, drawing block, marker/pen dan masking tape. Bahagikan pecahan subjek sekolah pagi, sekolah agama dan tuisyen, tampal sticky notes secara mingguan.

Kerja yang dah selesai kita buang. Anak-anak pun happy buat kerja tampal menampal sebagai terapi. Barang-barang boleh dapat di kedai 2 ringgit saja.

Dalam Computational Thinking atau Pemikiran Komputasi, kita cuba gunakan kaedah Decomposition iaitu memecahkan masalah kepada komponen-komponen kecil supaya nampak punca masalah.

Juga gunakan kaedah Abstraction (memilih idea yang penting sahaja terlebih dahulu, idea kurang penting disimpan dan dikeluarkan semula pada masa ia diperlukan).

Ilmu ni dapat daripada Puan Eleanor Cheah, Pakar CT ketika kursus bersama MDEC tempoh hari. Terima kasih Puan Eleanor😁

Terima kasih juga Coach Megat Zainurul Anuar, pakar inovasi dan keusahawanan yang mula-mula memperkenalkan kepada saya dengan Business Model Canvas (BMC). Kami gunakan kaedah yang lebih kurang sama dalam BMC untuk bermain sticky notes sebagai bahan mencorak idea.

Kaedah yang menghilangkan sakit kepala saya di musim PdPR, tak perlu telan penadool😅

#computationalthinking
#pemikirankomputasi
#pdpr
#CikguJuaraDigital
#MyDigitalMaker

Comments