Saya MIE Trainer 2021/2022

 


Program yang disediakan untuk pendidik seluruh dunia dalam platform MEC


        Bagaimana nak jadi MIE Trainer: 

  • Anda perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu di platform Microsoft Educator Center (MEC) dan ambil mana-mana kursus 2 jam atau tebus kod yang disediakan dalam mana-mana kursus yang dikendalikan oleh MIE Trainer untuk diiktiraf sebagai Microsoft Innovative Educator (MIE). Pengiktirafan dalam bentuk sijil, lencana yang juga dicatatkan dalam transkrip. 
  • MEC secara ringkasnya adalah platform percuma untuk para pendidik seluruh dunia belajar tentang pedagogi, teknologi pendidikan dan berkursus secara dalam talian. Anda juga boleh berhubung dengan rakan sejawatan dari seluruh dunia. Banyak lagi fungsi MEC yang tak dapat saya ceritakan di sini.
  • Buat carian kursus (learning path) MIE Trainer di MEC kemudian selesaikan kursus-kursus yang disediakan secara dalam talian melalui platform ini.
  • Setelah berjaya menyelesaikan, anda diberikan akses kepada Microsoft Education Training Tracker (EDUTrack). Dalam EDU Track anda ada kelebihan menjana kod kursus anda sendiri, untuk diberikan kepada para peserta untuk mereka tebus di platform MEC. 
  • Sekiranya, bilangan mereka yang menebus kod itu melebih 100 orang, anda akan diberikan lencana dan sijil MIE Trainer oleh pihak Microsoft. Sekiranya melebihi 400 orang, anda layak diiktiraf sebagai MIE Master Trainer.
  • Yang paling saya suka ialah, sebagai Trainer, kita diberikan akses kepada pelbagai bahan latihan berbentuk Power Point, nota dan lain-lain yang lengkap untuk digunakan dalam sesi latihan kepada para peserta. Power Point ni kita boleh edit mengikut citarasa kita.
  • Bahan latihan ini sangat membantu dalam memberikan kefahaman mendalam kepada Trainer dan juga para peserta. Biasanya saya cuma ubah dengan menambah bahan sahaja, tanpa mengurangkan apa yang disediakan dalam bahan latihan kerana ia telah lengkap dalam bentuk yang menarik. 

Comments