Bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2021




Alhamdulillah pada 17 September 2021 yang lepas dapat saya kongsikan bersama para pelajar MRSM PDRM, Kulim, Kedah tentang kaedah dan teknik menjawab subjek Pendidikan Islam SPM 2021. Lebih istimewa, tahun ini merupakan kali pertama format KSSM berlangsung dalam SPM. 

Saya menyatakan kepada para pelajar bahawa mereka sebenarnya bertuah kerana format baru ini lebih mudah berbanding dengan format yang lepas. Tiada cara lain melainkan berusaha lebih sedikit, buat nota dan tambahkan kerajinan. 

Tetapi cabarannya adalah situasi pandemik sekarang ini pastinya memberikan sedikit kesukaran dalam membuat persediaan. Tetapi, setelah PdPR berlangsung hampir 2 tahun, saya percaya pelajar sudah boleh menyesuaikan diri dan menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya. 

Terima kasih diucapkan kepada sahabat sepengajian saya Ustaz Radzi Zawawi dan Ustaz Najib Md Nor yang menjadi orang kuat di sebalik bengkel ini. Ustaz Radzi merupakan Penyelaras Tingkatan 5 manakala Ustaz Najib mengendalikan program ini melalui live streaming di saluran rasmi Youtube MRSM PDRM. 

Semoga program ini mencapai objektifnya dan menyumbang sedikit sebanyak kepada kecemerlangan para pelajar. Boleh ikuti rakaman bengkel ini di pautan ini https://youtu.be/iuBVTCPdYQQ 

 

Comments