Technology Readiness Level atau Tahap Ketersediaan Teknologi



Technology Readiness Level (TRL) atau Tahap Ketersediaan Teknologi adalah satu mekanisme yang dibangunkan oleh NASA bagi memastikan sesuatu produk inovasi itu benar-benar bersedia untuk berada dalam pasaran.

Dalam kursus ini, peserta didedahkan dengan pelbagai contoh menarik dan bagaimana mengaplikasikan TRL dalam inovasi tidak kira apa pun jenis produk. Penceramah, Prof. Madya Dr. Muhammad Herman bin Jamaluddin, Pengarah, Pusat Pengkomersialan, UTEM merupakan tenaga penceramah sepanjang program dijalankan. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang inovasi. Perkongsian beliau cukup berharga dan sangat mudah difahami. 

Secara ringkasnya, jika proses inovasi yang kita jalankan melalui proses TRL, inovasi yang dijalankan itu lebih mantap untuk melalui pengkomersialan memandangkan ia telah melalui tahap-tahap pembangunan yang sistematik termasuk pensijilan.

Pengetahuan tentang TRL dapat menjadi kompas dan panduan kepada para inovator untuk membuat penilaian terhadap hasil inovasi masing-masing. Apabila benar-benar mengetahui tahap sebenar produk inovasi, maka mudah untuk mereka merangka perjalanan seterusnya untuk produk inovasi.

Tidak-lah produk masing-masing hanya menghiasi almari kaca dengan deretan pingat dan sijil. Tetapi ia dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Walaupun untuk mengikuti proses ini dilihat sebagai agak 'membebankan' pada permulaannya, tetapi ia dapat memastikan produk kita benar-benar diperlukan oleh pasaran dan mampu memenuhi kehendak golongan sasaran dan pasaran. 

Comments