Hari pertama Kursus Design Thinking anjuran MDEC

 



Cuti sekolah hujung tahun ini dipenuhi dengan beberapa aktiviti ilmiah. Antaranya, #CikguJuaraDigital mendapat tajaan berkursus daripada MDEC bagi mengikut kursus tentang Design Thinking secara dalam talian selama 3 hari. Kursus ini disampaikan oleh Dr. Jian Ming. 

Apa yang istimewa tentang kursus ini ialah kami diajar dan dilatih menggunakan Design Thinking sebagai satu alat untuk menyelesaikan masalah terutamanya berkaitan dengan aspek pendidikan. Rata-ratanya, para peserta masih ramai yang belum terdedah dengan Design Thinking.

Secara ringkasnya, Design Thinking ialah kaedah penyelesaian masalah berasaskan pengguna (mengutamakan sikap dan pendapat pengguna) dalam membentuk solusi kepada masalah tersebut. Peringkat penyelesaiannya menggunakan elemen Emphatize, Define, Ideate, Prototype dan Test. Ia tidak semestinya bersifat linear, tetapi boleh digunakan secara forward atau backward. 

Dr. Ming menggunakan pendekatan dalam bahasa yang mudah dan ringkas bagi memperkenalkan para peserta dengan alat menyelesaikan masalah ini. Diberitahu juga bahawa DT ini digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat ternama dunia dalam membangunkan produk mereka. 

Dalam kesibukan menanda kertas peperiksaan, 
sempat juga mengambil nota kursus sambil pekena 
Coffee Bean bagi mengekalkan fokus pada waktu petang😉

Kaedah mencipta soalan temubual sebagaimana
yang dikongsikan oleh Dr. Ming

Sebelum sesi pengenalan dimulakan, Dr.Ming telah menyediakan satu set soalan mengenai DT bagi melihat sejauh mana kefahaman sedia ada para peserta tentang DT. 

Kaedah survey ringkas ini sangat bagus dan boleh dicontohi oleh para pendidik supaya kita dapat menyediakan strategi yang tepat dan sesuai dalam satu-satu aktiviti PdP. Sesi ceramah juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti berbentuk hands-on yang ringkas sebagai persegaran kepada para peserta. 

Pada sesi sebelah petang, kami diajar tentang bagaimana mengendalikan sesi temubual yang bagus bagi mengumpul maklumat yang berguna dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sesi temubual/interview merupakan salah satu aktiviti terpenting dalam pelaksanaan Design Thinking kerana sesi ini dapat mengenalpasti masalah sebenar secara mendalam/insight.

Dr. Ming menunjukkan demonstrasi mengendalikan temubual sebenar dengan menjemput salah seorang peserta iaitu Cikgu Safa yang sukarela menjadi responden kepada beliau.  

Antara tips dalam melakukan temubual yang dikongsikan beliau ialah:

  • bertanya soalan bentuk terbuka bagi mendapatkan insight
  • menjadi pendengar yang baik/aktif (buat responden rasa selesa bercerita)
  • tanyakan soalan satu demi satu
  • jika perlu rekod, minta izin terlebih dahulu
  • respon kepada jawapan
  • buat konklusi pada akhir sesi
  • tidak perlu rush jika tidak habis bertanya..boleh buat sesi lain untuk habiskan soalan temubual
  • tidak perlu beri cadangan penyelesaian. Fokus temubual lebih kepada mengumpul sebanyak mana maklumat
  • elakkan soalan berbentuk Yes/No
Penggunaan Emphaty Map sebagai alat memproses
maklumat yang diterima daripada sesi interview (Emphatize)

Banyak lagi input-input berguna yang tidak sempat cikgudaninovasi selitkan di sini. Pada masa yang lain kita akan huraikan lebih lanjut tentang Design Thinking yang kami pelajari sepanjang kursus 3 hari ini berlangsung. Terima kasih MDEC dan pihak penceramah, Dr. Ming atas penganjuran dan sesi perkongsian. 

Comments