Projek Minecraft Haji Umrah: Satu langkah bermula

 Alhamdulillah, baru beberapa hari membentuk pasukan Minecraft Champion di peringkat sekolah, sudah dapat perkembangan yang amat positif. Pasukan ini dibina bagi menerapkan budaya pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan pelajar.

Sebagai permulaan, 4 orang pelajar Tingkatan 4 (Danish, Iman, Ezairy dan Haikal) yang mempunyai sedikit kemahiran sedia ada dalam Minecraft diberikan pengiktirafan sebagai Minecraft Champion yang bakal berperanan membimbing rakan sebaya dan pelajar lain dalam menggunakan Minecaft Education Edition di sekolah.

Pelajar-pelajar ini juga bakal diiktiraf sebagi Minecraft Student Ambassador, satu pencapaian di peringkat antarabangsa sekiranya berjaya mengikuti kursus 2 jam yang disediakan oleh pihak Minecraft dan memenuhi beberapa kriteria dan tugasan yang ditetapkan.

Berikut perkembangan projek membina World Haji dan Umrah bagi Fasa 1, yang memfokuskan pembinaan ruang ibadah yang penting sahaja.

Telaga zam-zam dalam pembinaam

Jamarat. Tempat melontar 3 jamrah

Saie dari Bukit Safa ke Marwah

Walaupun hanya sekali perjumpaan secara dalam talian dengan tunjuk ajar paling minimun, 4 orang Minecraft Champion Mrsm Balik Pulau berjaya menyiapkan beberapa mercu tanda Haji Umrah.
Di luar daripada apa yang saya jangkakan sebenarnya. Pada mulanya saya cuma membayangkan pelajar hanya mampu menghasilkan world yang cukup ringkas.

Namun ternyata pelajar kita sedia hebat. Ada beberapa masalah teknikal yang mereka hadapi, diselesaikan dengan hanya merujuk bahan-bahan di internet melalui inisiatif sendiri. Maka, pembelajaran Abad Ke-21 dapat dicapai objektifnya melalui penerapan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek seperti ini. Guru memberikan kepercayaan penuh kepada pelajar, dengan bimbingan yang minimum. Ia mampu membentuk kerjasama kumpulan yang tinggi dan sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar kerana projek ini perlu dijalankan dengan kaedah kolaborasi. 

TAHNIAH buat Muhammad Danish Aiman Bin Mohd Sabri, Iman Insyirah Binti Sohaimi, Mohamad Haikal Bin Kamaruddin dan Muhammad Daniel Ezairy Bin Mohd Yusri atas kejayaan kalian. InsyaAllah, kita akan melangkah ke Fasa 2 pembinaan dan bersedia untuk gunakan world ini dalam pembelajaran bersama pelajar-pelajar yang lain. 


Comments