Kenangan ketika berbengkel menghasilkan RPH Minecraft untuk penggunaan guru-guru di Malaysia |
Setiap kali saya melakukan survey, majoriti pelajar memang mempunyai pengalaman bermain game Minecraft. Hanya sedikit sahaja yang tidak pernah menggunakan Minecraft. Namun, apabila saya memperkenalkan kepada mereka Minecraft versi pendidikan rata-ratanya teruja kerana Minecraft Education Edition ada keunikannya sendiri berbanding versi yang mereka selalu gunakan.
Integrasi Minecraft dengan buku teks oleh pelajar |
Pertama, ada beberapa fungsi atau blok asas dalam inventori yang tiada dalam Minecraft versi game yang biasa pelajar gunakan. Versi pendidikan mempunyai blok-blok seperti board, signboard, NPC (karakter yang membantu menyebarkan maklumat berbentuk pautan di internet) dan lain-lain. Ia juga boleh diakses secara percuma sekurang-kurangnya 10 kali secara percuma bagi akaun sekolah milik pelajar. Manakala guru boleh akses 25 kali secara percuma. Sekiranya melebihi had penggunaan, pelajar atau guru boleh menghubungi pihak admin untuk mendapatkan akses lagi secara percuma. Contohnya, boleh akses lagi dengan menggunakan emel lain.
Comments
Post a Comment