Memenangi Twitter terbaik ketika Minecraft Student Ambassador Sponsor Meet Up

Pada 23 Jun 2022 yang lepas saya berkesempatan menghadiri Minecraft Student Ambassador Sponsor Meet Up bersama beberapa orang Sponsor (macam guru penasihat) yang lain dari seluruh dunia. Perjumpaan dijalankan secara maya melalui platform Microsoft Teams. 

Dalam perjumpaan ini pihak, pihak Minecraft Education Edition telah berkongsikan tentang bagaimana kita dapat menggunakan MEE sebagai platform pembelajaran yang efektif. 

Selain menjana kreativiti pelajar, program ini juga dapat mengasah aspek kepimpinan pelajar kerana program Ambassador ini disusun bagi memperkasakan kepimpinan pelajar dalam pengurusan pembelajaran berasaskan projek berkaitan Minecraft. Senang cerita, ia disusun dengan konsep, dari pelajar untuk pelajar kepada pelajar.

Beberapa orang Sponsor juga berkongsikan tenang amalan baik yang mereka lakukan dalam memperkasa Minecraft Student Ambassador di sekolah masing-masing. Sangat menarik perkongsian yang disampaikan kerana rata-ratanya mengatakan bahawa program mendatangkan impak yang besar dalam mengasah potensi diri pelajar.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang perjumpaan ini seperti brainstorming menggunakan kolaboratif Power Point Online, respon di ruangan chat, pengenalan kepada features menarik dlm MIEE dan lain-lain. 

Paling menarik, pertandingan ringkas juga diadakan dalam kalangan kami para peserta. Antaranya, pertandingan peserta paling aktif di ruangan chat dan hantaran twitter terbaik. 

Bagi pertandingan twitter,  penganjur memberikan #hashtag untuk digunakan oleh para peserta dalam hantaran di Twitter masing-masing ketika perjumpaan berlangsung, kemudian Twitter terbaik akan dipilih dan berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada Minecraft.  


 Alhamdulillah saya berjaya memenangi twitter terbaik dan bakal mendapat hadiah kejutan istimewa daripada Minecraft yang diposkan khas dari Amerika😁

Terima kasih pihak Minecraft atas peluang yang dibuka kepada kami para pendidik bagi mengadaptasi Minecraft dalam PBD. 

InsyaAllah, program ini bermanfaat besar kepada para pelajar dan dapat melengkapkan diri pelajar dengan ciri-ciri PAK-21 sebagaimana yang dicita-citakan.

Comments