|
CJD 4 Generasi : 2019/2020/2021/2022 |
|
CJD MARA (MRSM)
Pada 26-28 Julai 2022, berlangsungnya satu acara yang sangat bermakna buat warga pendidik di Malaysia.
Program perjumpaan Cikgu Juara Digital dari Batch 1-4 (2019/2020/2021/2022) telah diadakan di Hotel Ibis, Kuala Lumpur. Program yang dianjurkan oleh MDEC ini adalah julung kalinya menemukan semua CJD secara bersemuka. Kami telah beberapa kali dipertemukan dalam siri-siri latihan, kursus dan perjumpaan secara maya sebelum ini. |
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan besar. Dengan pelbagai ragam, pertemuan kali ini begitu meriah sekali dengan hiruk pikuk para CJD memecah keheningan Kuala Lumpur.
Ada yang sudah lama kenal, ramai juga yang baru pertama kali berjumpa tetapi kemesraan semua bagaikan sudah lama bersahabat. Begitulah ukhwah.
Walaupun masing-masing berbeza kepakaran, watak, negeri, peribadi dan lain-lain, tapi sudah tentunya CJD punya persamaan iaitu semuanya sedang ber'jihad' untuk menyemarakkan budaya pendidikan digital.
CJD punya keghairahan untuk melihat generasi kini seiring dengan teknologi dalam aspek pendidikan. |
|
Lawatan ke Google Malaysia
|
|
Slot Aspirasi Pendidikan Digital. Pembentangan idea para CJD untuk menyemarakkan pendidikan digital negara
|
|
Perkongsian tentang pendidikan digital daripada pihak iTrain
|
|
Aktiviti Dron dengan SAM Lab dikelolakan oleh AR Edutech
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang keberadaan kami di sini. Antaranya, bengkel Computational Thinking, perkongsian CJD tentang pengalaman dan amalan baik dalam menjalankan PLC dalam komuniti, sesi perkongsian pengalaman bagaimana menjadi cikgu bergelar TS, pengenalan kepada beberapa platform pembelajaran dalam talian bertaraf antarabangsa bagi meningkatkan kemahiran digital.
Selain itu, pembelajaran dron, teknologi metaverse pendidikan, tools terkini dalam teknologi pendidikan, pembentangan idea-idea para CJD bagi pembudayaan digital kepada negara tercinta, bagaimana meningkatkan profesionalisme melalui pensijilan Digital Certified Educator berkelas dunia dan macam-macam lagi.
|
|
Encik Johan dan Puan Fatin Aina dari MDEC, orang kuat di belakang tabir |
|
Aktiviti lawatan sambil belajar ke Google Malaysia juga sangat menarik. Hal ini kerana, kami bukan hadir hanya melihat-lihat kawasan, malah diberikan pendedahan tentang program pendidikan Google, pensijilan profesional pendidik seperti Google Certified Educator (Level 1 & 2), Google Certified Trainer dan Google Certified Innovator.
Kami juga berpeluang mencuba aplikasi menarik yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Perkongsian pengalaman daripada pihak Arvia tentang teknologi Smart Board dan teknologi digital buatan tempatan yang telah mendunia juga tidak kurang hebatnya.
Walaupun 3 kumpulan ini bergerak berasingan dalam kebanyakan aktiviti, tetapi beberapa aktiviti kami dikumpulkan bersama.
Menuntut ilmu dengan ikon-ikon pendidikan negara
Ketika inilah kami mengambil kesempatan untuk membina jaringan antara satu sama lain dan merancang untuk berkolaboratif pada masa akan datang demi survival bidang pendidikan digital.
Sekadar menghuraikan beberapa aktiviti sahaja di sini, sebenarnya banyak lagi slot-slot menarik dan bermanfaat yang kami dapat sepanjang program ini berlangsung.
Terima kasih kepada pihak MDEC atas penganjuran program ini. Dapat juga bersua muka sesama rakan pendidik hebat dan mengambil inspirasi daripada kisah kecemerlangan mereka. Kredit juga kepada rakan-rakan CJD atas bekalan gambar-gambar program untuk dimuatkan di sini😊
Mengakhiri coretan kali ini, sepanjang perjalanan pulang setelah berakhirnya Perjumpaan Cikgu Juara Digital anjuran MDEC ini semacam memahat di minda dan perasaan saya tentang 'sesuatu'.
'Sesuatu' itu ialah satu kelegaan. Boleh saya katakan sebagai terapi diri dalam menjalani beban tugas sebagai seorang guru.
Hasil perkongsian pengalaman dan idea, keghairahan, sifat sentiasa ingin belajar dan berkongsi ilmu, sifat rendah diri rakan-rakan CJD, walaupun pencapaian masing-masing hebat-hebat belaka menyedarkan saya bahawa pendidik sendiri adalah watak paling utama dalam mencorak sistem pendidikan kita.
Meminjam kata-kata rakan CJD kami, Cikgu Faiz, SK Bagan Serai, "Pendigitalan bukan lagi pilihan, Pendigitalan adalah satu keperluan" |
Terbaik Cikgu
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih😊
Delete#CJD Awesome !!!
ReplyDeleteCJD sentiasa awesome cikgu Yang💪
DeleteTerbaik lahh
ReplyDeleteTerima kasih😊
DeleteMabruk! Aiwah! #CJD #Ohsem
ReplyDeleteTerbaik CJD😁
DeleteAlhamdulillah tumpang belajar
ReplyDeleteSama juga byk belajar daripada CJD yg serba hebat semuanya termasuk Abe Mad😁
Delete