Berkongsi ilmu inovasi bersama warga Kolej MARA Kulim

 



Menjalankan tanggungjawab sebagai Jurulatih Inovasi MARA bergandingan dengan Encik Shahruzaman Hamdani dari MRSM Taiping. Beliau juga antara pendidik yang punya latar belakang kuat dalam TRIZ dan projek inovasi bertaraf global. 

Kami berkongsi tentang inovasi bersama warga pendidik dan pelajar Kolej MARA Kulim, Kedah pada 20 Ogos 2022.



Ilmu asas inovasi seperti Design Thinking, Technology Readiness Level dan Business Model Canvas sangat berbaloi untuk dipelajari. Ia menjadikan sudut pandang kita fokus ke arah menghasilkan inovasi yang mampu memberikan impak besar.

Ketiga-tiga ilmu asas ini kami kongsikan bersama para peserta. Para peserta duduk dalam satu kumpulan yang punya kecenderungan yang sama dalam inovasi dan sedang dalam perancangan untuk menghasilkan projek inovasi terutamanya para pelajar.




Sebahagian kecil pensyarah juga terlibat untuk mendalami ilmu asas inovasi ini. Kebanyakan mereka pernah ada pengalaman menghasilkan inovasi dan sedang dalam proses penambahbaikan projek inovasi sedia ada.

Kami berkongsikan sedikit panduan dan perkongsian bagaimana penggunaan DT BMC dan TRL ini dapat menjadikan inovasi mereka ini ke arah lebih baik.



Terima kasih Kolej MARA Kulim atas peluang yang diberikan kepada kami. Moga sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua😊

#syiarkaninovasi 
#staffinnovationlab
#YouthInnovationLab

Comments