Mesyuarat MUAFAKAT MRSM Balik Pulau 2022 secara dalam talian




 Walaupun norma baharu sudah menjadi norma biasa, mesyuarat ibu bapa dan guru secara dalam talian masih menjadi pilihan maktab kami untuk dilaksanakan. 

Hal ini kerana kita masih belum bebas sepenuhnya, lebih-lebih lagi gejala influenza A mudah menular. Demi keselamatan semua pihak terutamanya para pelajar, kontak bersama pihak luar diminimumkan.

Kehadiran juga lebih memuaskan apabila dijalankan secara dalam talian. Objektif juga tercapai dan kelihatan para ibu bapa dan guru sangat selesa bermesyuarat secara dalam talian kerana sudah biasa dengan perkara seperti ini sejak pandemik melanda.

Cikgudaninovasi bersama Cikgu Aishah dan Puan Yuriati bertindak sebagai jawatankuasa teknikal bagi memantau perjalanan mesyuarat menggunakan Microsoft Teams. Cikgu Fitri pula memainkan peranan sebagai Youtube Streamer bagi memberikan alternatif kepada hadirin yang tidak dapat bertaluan menggunakan Microsoft Teams.

Microsoft Teams digunakan kerana semua pelajar dan guru telah dibekalkan dengan kemudahan akaun Office 365. Ibu bapa juga telah biasa dengan platform ini memandangkan ketika PKP, MRSM Balik Pulau menggunakan sepenuhnya Teams bagi menjalankan kelas secara dalam talian.

Sehingga kini kami masih menggunakan Teams bagi menyimpan eviden, dokumentasi dan pengurusan fail rekod mengajar serta rancangan pengajaran harian.

Comments