Ahli Pasukan HAJI2U |
HAJI2U berpeluang bertanding bersama 2 lagi produk dari MARA iaitu LADSA (alat mengesan bahaya kilat/petir) dari MRSM Terendak dan IVF Kit for Fish Spawning dari KKTM Lenggong. Selain itu, produk-produk inovasi dari agensi-agensi KPLB yang lain seperti RISDA, PERDA dan Kolej KEDA dari seluruh Malaysia turut bertanding menjadikan keseluruhan 8 kumpulan untuk merebut tempat terbaik pada tahun ini
HAJI2U oleh MRSM Balik Pulau |
LADSA oleh MRSM Terendak |
IVF Kit for Fish Spawning oleh KKTM Lenggong |
Cabutan undi sehari sebelum pertandingan |
Kumpulan bertanding |
Setiap pasukan menampilkan kreativiti masing-masing ketika sesi pitching dan soal jawab. Ada juga yang mempersembahkan sketsa ringkas dan tayangan video menjadikan pertandingan bertambah menarik. Alhamdulillah, penyampaian dan program dapat dilaksanakan dengan lancar. Tahniah kepada semua pasukan bertanding dan pihak urusetia.
Terima kasih kami ucapkan kepada pihak pengurusan MRSM Balik Pulau dan pihak MARA khususnya BITK, MARA yang memberikan sokongan penuh dan kepercayaan kepada kami bagi mewakili serta membawa bendera MARA dalam Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam KPLB 2022 (AIPA Teknikal) pada kali ini.
Wakil MARA |
Apa itu HAJI2U?
HAJI2U merupakan sekumpulan produk yang dibawakan dalam satu pakej bagi mempelajari topik haji dan umrah. Ia mempunyai 7 set kad imbasan pelbagai, 1 set figura, aplikasi android bagi nota dan kuiz, 2 jenis papan pembelajaran, 1 set kad imbasan dengan teknik Mnemonik serta Minecraft Haji Umrah bagi praktikal haji melalui teknologi virtual.
Projek inovasi HAJI2U ini dikembangkan daripada projek inovasi Kit Pembelajaran Haji Umrah Al-Mutawwif yang dibangunkan sebelum ini melalui kepakaran pendidik dari MRSM Balik Pulau dan Politeknik Balik Pulau (Puan Nurul Adha Rajali dan Encik Mohd Affan Rosli).
Kemudian ia ditambahbaik lagi dengan beberapa pembaharuan seperti penerapan teknik mnemonik haji umrah yang dibangunkan oleh Ustaz Mohd Romei Ngah (MRSM Balik Pulau) dan Minecraft Haji Umrah yang dihasilkan oleh sekumpulan 5 orang pelajar Tingkatan 3 (2021) dengan bantuan teknikal oleh Encik Mohd Azmi Awang dari MRSM Balik Pulau.
Kit Al-Mutawwif juga menjalani proses redesign supaya ia menepati standard industri agar menjadi lebih murah serta mudah dikomersilkan kelak. HAJI2U dipakejkan semula dalam 1 set kotak yang ringan dan menggunakan sepenuhnya bahan kertas yang dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Setakat ini, HAJI2U telah memberi manfaat kepada lebih 500 orang pelajar dari MRSM Balik Pulau dan beberapa institusi pendidikan lain dalam memahami dengan lebih mudah topik pembelajaran haji umrah.
Pada masa akan datang, HAJI2U berharap dapat mengembangkan lagi manfaatnya kepada para jemaah haji umrah seterusnya mencapai kesempurnaan dalam beribadah.
Kami sedang dalam usaha mengkomersilkan produk inovasi ini supaya manfaatnya dapat disebarkan dalam ruang lingkup yang lebih luas lagi. Doakan supaya usaha ini dipermudahkan😊
Comments
Post a Comment