Content Creator untuk MARA

Pada 18-21 Oktober 2022 lepas, saya berpeluang bersama pasukan Content Creator meneruskan projek membina konten bagi kegunaan warga MARA dalam sistem MARAFlet, satu sistem pembelajaran dan kursus dalam talian.

Pada pertemuan lepas, pasukan kecil kami berjaya menyiapkan kursus bagi topik pembelajaran Design Thinking, pada kali ini pasukan kami diberikan satu lagi tugasan berkaitan Aset dan Perolehan. 

Manakala 3 lagi kumpulan lain menghasilkan kursus juga berkaitan perolehan dengan topik berbeza, ada juga kumpulan yang menghasilkan topik berkaitan pengendalian penghawa dingin! Yang lebih istimewa, kursus tersebut boleh dipelajari secara dalam talian sepenuhnya selepas ini walaupun ia melibatkan aspek teknikal dan praktikal.

Kursus-kursus yang kami hasilkan ini juga boleh dilaksanakan secara hybrid, di mana ia boleh digunakan sebagai modal pembelajaran atau ulangkaji sebelum atau selepas berkursus secara bersemuka.

Topik ini sangat penting memandangkan ia adalah nadi utama bagi sesebuah organisasi terutamanya berkaitan prosedur kewangan.

Ilmu ini amat berguna bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus bagi kakitangan yang terlibat secara langsung dalam menguruskan kewangan organisasi. 

Pasukan kami bertanggungjawab menyediakan set bahan pembelajaran yang lengkap dengan slides dan mengolahnya menjadi bahan yang boleh dipelajari secara kendiri. Kami perlu memasukkan rakaman suara, dengan penampilan animasi ringkas, di samping menyediakan beberapa set latihan dan soal jawab kepada bakal peserta. 

Untuk menghasilkan modul kursus yang bukan dalam kepakaran kami secara langsung ini, kami dipandu oleh Subject Matter Exper (SME) yang sememangnya berpengalaman, berpengetahuan serta berkelayakan dalam topik tersebut. 

SME menyediakan bahan kursus dan menasihati kami bagaimana bahan tersebut disampaikan dalam bentuk dalam talian. SME juga adalah daripada kepakaran dalaman iaitu kakitangan MARA sendiri.

Sekiranya telah lengkap nanti, para peserta yang mengambil kursus ini layak memperoleh sijil dan dikira sebagai jam/hari berkursus oleh pihak Akademi Kecemerlangan MARA.

Hadir dalam pasukan ini memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada saya. Banyak ilmu yang kami perolehi daripada para SME, jurulatih dan juga rakan 

Comments