Oktober November - aktiviti inovasi Cikgudaninovasi

    Bulan Oktober tahun ni bukanlah Tragedi Oktober bagi Cikgudaninovasi, malah ia merupakan Rahmat Oktober. Begitu juga dengan bulan November. Cikgudaninovasi terlibat dengan beberapa program yang menjurus kepada inovasi. 

    Antaranya, Cikgudaninovasi, telah dijemput sebagai panelis dalam Talkshow Cikgu Juara Digital In The House yang diadakan secara dalam talian bersempena #MyDigitalMaker Fair 2022 yang diadakan di seluruh negara anjuran MDEC. Turut serta sebagai panelis adalah Cikgu Julie Mozianda Ahamat dari JPN Perlis. Kami berdua mewakili Cikgu Juara Digital Zon Utara mempromosikan program #CJD dan juga berkongsi tentang manfaat yang kami terima daripada program tersebut.

    Talkshow ini dipengerusikan oleh Puan Fatin Ainaa dari MDEC selaku orang kuat di sebalik program #CJD bersama Encik Johan dan lain-lain. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan diharap ia dapat memberikan manfaat sedikit sebanyak kepada para pendidik di negara kita khususnya. 



Selain itu, Cikgudaninovasi juga berpeluang mengikuti kursus dalam talian bertajuk Inspiring next-gen science: Best practice considerations in engaging students with STEM yang dibawakan oleh University of Sydney anjuran MDEC. Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Australia bagi mengadaptasi STEM kepada para pelajar. 



Berita gembira juga singgah di meja, apabila menerima perkhabaran permohonan Cikgudaninovasi bersama 5 orang pelajar MRSM Balik Pulau untuk mendapatkan Copyright (Author/Perekabagi projek inovasi kami, Minecraft Haji Umrah telah diluluskan oleh pihak MyIPO. Projek ini akan dikembangkan lagi dengan memasukkan unsur-unsur gamifikasi bagi menjadikan pembelajaran Haji dan Umrah di sekolah lebih menarik dan berkesan. 

Rezeki anak-anak pelajar Tingkatan 4 MRSM Balik Pulau ini telah berjaya mendapatkan status Author bagi projek inovasi mereka. InsyaAllah, ia boleh dijadikan sebagai nilai tambah dalam ko-kurikulum dan menjalani kehidupan mereka pada masa hadapan. 


    Cikgudaninovasi juga berpeluang menjadi juri dalam beberapa pertandingan inovasi. Antaranya, peluang menjadi juri bagi Pertandingan i-MARATeCH 2022. Sebelum ini, Cikgudaninovasi pernah menyertai i-MARATeCH beberapa kali sebagai peserta. Pertandingan ini merupakan di antara pertandingan inovasi terbesar dalam organisasi MARA yang mengumpulkan para inovator dari pusat-pusat pendidikan MARA dari seluruh Malaysia. 

    Pada penilaian Cikgudaninovasi sebagai juri, projek-projek inovasi yang bertanding mempunyai potensi besar untuk melangkah ke peringkat pengkomersilan dengan sedikit lagi penambahbaikan. Rata-rata, produk inovasi yang masuk bertanding kali ini sudah bersedia dengan prototaip yang bersifat high fidelity yang sudah jelas fungsinya secara teknikal. Tahniah dan syabas diucapkan. 



    Cikgudaninovasi juga berpeluang menjadi juri bagi pertandingan inovasi sempena Hari Kualiti dan Inovasi Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Pembudayaan inovasi dalam kalangan warga kolej termasuk pensyarah, staf dan para pelajarnya sangat subur di sana. Kebanyakan hasil inovasi yang dipertandingkan sangat sesuai untuk dikembangkan lagi sebagai projek KIK bagi organisasi KPMBM. Teruskan berinovasi KPMBM!


Comments