Kejayaan produk inovasi di IEF 2023, Kolej MARA Kulim

Alhamdulillah, penyertaan Minecraft Haji Umrah oleh Kumpulan Lik Lau Minecraft Student Ambassador dari MRSM Balik Pulau dalam Innovation Exhibition Fair (IEF 2023), anjuran Kolej MARA Kulim Kedah berjaya menuai pingat emas.

Minecraft Haji Umrah adalah inovasi yang dihasilkan bagi memudahkan kefahaman pelajar dalam topik Haji Umrah bagi subjek Pendidikan Islam SPM. Ia menggunakan platform Minecraft Education. Melalui Minecraft Haji Umrah, pengguna boleh melaksanakan praktikal haji umrah secara dalam talian sepenuhnya. Bangunan dan tempat seperti Kaabah, Bukit Safa-Marwah, Mina, Muzdalifah, Padang Arafah, lapangan terbang, hotel, kedai, keretapi dan sebagainya dibina untuk tujuan praktikal tersebut.

Selain itu, MRSM Balik Pulau juga menghantar 2 kumpulan lagi dalam IEF 2023 iaitu projek inovasi aplikasi Smartpray dan Superb Toothpaste.

Smartpray yang memperoleh pingat emas merupakan satu aplikasi yang dibangunkan menggunakan pelantar daripada Microsoft Ofice 365 iaitu Power Apps, Power Automate dan SharePoint bertujuan untuk memudahkan urusan mengambil kehadiran pelajar dalam solat lima waktu secara berjemaah. Ia lebih mudah digunakan berbanding kaedah manual. Rekod kehadiran pelajar akan dijana dan disimpan secara sistematik. Aplikasi ini menawarkan penggunan NFC Card dan NDEF Tag bagi memudahkan pengurusan data.

Manakala, Superb Toothpaste yang memperolehi pingat perak adalah inovasi ubat gigi yang ditampilkan dalam bentuk tablet. Ia boleh digunakan sebagai ubat gigi mahupun makanan tambahan (supplement). Ia juga dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini. Semoga ia menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar MRSM Balik Pulau untuk terus menempa kejayaan dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum pada masa akan datang.

 

Comments