Penambahbaikan Minecraft Haji Umrah



Setelah berhempas pulas sepanjang tahun ini untuk persediaan peperiksaan akhir semester, baru ada sedikit kelagaan dalam jiwa ahli pasukan untuk sama-sama memikirkan langkah selanjutnya bagi memajukan lagi projek inovasi Minecraft Haji Umrah.

Sepanjang tahun lepas Minecraft Haji Umrah (MHU) sudah digunakan lebih 100 orang pelajar di MRSM Balik Pulau. Hasil penggunaan, rata-ratanya menyukai produk ini lebih-lebih lagi apabila digunakan ketika sesi akademik. 

Namun, kekangannya ia perlu dilaksanakan di bawah bimbingan dan pengawasan guru. Jika digunakan secara berseorangan, pelajar mungkin akan tersesat dan tidak tahu kronologi pekerjaan haji umrah 



Penambahbaikan kali ini, kami cuba melengkapkan lagi world ini dengan ciri-ciri tambahan seperti 11 buah checkpoint. Setiap checkpoint mengandungi video penjelasan kemudian disediakan kuiz dalam pelbagai bentuk seperti quizizz, wordwall, microsoft forms dan sebagainya. Pelajar disediakan panduan perjalanan.

Apa yang lebih menarik, bagi golongan pemula, kami menyediakan keretapi. Pengguna boleh menaiki keretapi sepanjang perjalanan mengerjakan haji atau umrah secara Kembara Solo dengan berpandukan panduan yang disediakan.




Antara ciri menarik lain adalah pengguna boleh mencucuk duit di mesin ATM disediakan, jumlah duit dipaparkan dalam akaun kemudian duit tersebut boleh dibelanjakan di kedai-kedai terpilih. 

Selain itu, tersedia juga peta keseluruhan, mengutip batu secara automatik di Muzdalifah, pertukaran siang dan malam secara automatik, terminal lapangan terbang yang ditambah baik.



Pada akhirnya, pelajar dikehendaki menjawab set soalan intervensi bagi menguji kefahaman meraka dalam pembelajaran haji umrah. 

Projek ini tidak dapat direalisasikan jika tiada komitmen padu daripada kumpulan pelajar ini. Mereka menggunakan masa cuti sekolah akhir semester ini bagi merealisasikan projek inovasi ini. 

Moga ia boleh memberikan manfaat kepada lebih ramai lagi umat Islam terutamanya dalam kalangn pelajar sekolah.

Comments