Menerima watikah sebagai Content Creator MARAFlet


Menerima watikah pelantikan sebagai Course & Content Creator (CCC) bagi platform MARAFlet daripada Ketua Pengarah MARA bersama rakan-rakan CCC ketika sesi Townhall Sektor Pendidikan.

Program ini juga disiarkan secara langsung dalam Microsoft Teams yang disaksikan lebih 500 orang warga MARA seluruh negara.

Ketika sesi Townhall ini, pelbagai kejayaan warga MARA diraikan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada mereka yang berjaya dalam pelbagai lapangan dan menyumbang kepada MARA.



Kami juga dapat mendengar sesi bual bicara bersama Tuan Pengarah dan mendapat inspirasi serta aspirasi dalam perkongsian beliau. Kepimpinannya dalam memacu MARA di persada global tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai kejayaan, sumbangan dan pencapaian MARA dalam memartabatkan anak bangsa ketika di bawah kepimpinan beliau.

Beliau juga mengingatkan warga MARA perlu bekerja bersama-sama beliau supaya MARA akan sentiasa terkehadapan dan terus relevan dalam mendepani setiap cabaran yang dilalui. Teruskan bekerja dengan ikhlas walaupun apa pun rintangan.

CCC bergambar bersama Tuan Hj Abd Manab, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, 
sebelum ini Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Seorang pemimpin
berkaliber yang disegani warga pendidik MARA

Bersama Cikgu Mohd Azrul (MRSM Merbok), 
mentor Cikgudaninovasi dalam teknologi pendidikan
Montaj tentang MARAFlet. Kredit: BITK, MARA
MARAFlet (MARA Flexible Training) adalah platform kursus dan pembelajaran dalam talian untuk warga kerja MARA yang telah dan sedang dibangunkan sejak setahun yang lalu.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Moga amanah ini dapat dipikul dengan sebaiknya😊

Comments