AI Untuk Rakyat: Celik AI, Hidup sejahtera


Cikgudaninovasi masih ingat lagi, satu masa dulu kempen-kempen berkaitan IT giat dijalankan di media-media massa terutamanya di kaca televisyen. Lagu tema berkaitan IT, slogan satu rumah satu komputer begitu meriah sekali. 

Ketika itu, rakyat masih lagi bertatih untuk mengenali IT. Kewujudan Cyberjaya mempercepatkan lagi kemajuan IT di negara kita.

Kini agenda yang penting pula adalah AI. Rakyat mesti celik AI dan sedar tentang kewujudan serta kepentingan AI. Kesedaran dan sekurang-kurangnya punya ilmu asas AI menjadikan kehidupan kita lebih sejahtera. Di samping kemajuan pasti ada kemudaratan. Penipuan siber, pembulian dan kewujudan scam  tidak pernah berhenti. Ia sentiasa mengikuti arus kemajuan, selalunya lebih cepat 'kejahatan' ini beradaptasi dengan kemajuan berbanding kebanyakan kita.

Justeru, kewujudan platform AI untuk rakyat ini semestinya mendatangkan manfaat besar untuk rakyat. Celik AI adalah satu tanda aras kemajuan bangsa. AI akan jadi budaya hidup kita sebagaimana komputer, telefon pintar telah menjadi keperluan. Jika kita lambat beradaptasi kita akan ketinggalan jauh.

Jom, kita ikuti pembelajaran kendiri ini bagi mengenali AI. Selepas memahami asas-asasnya, kita lanjutkan lagi pembelajaran kendiri kita tentang AI dalam platform-platform lain dengan lebih mendalam. Layari https://ai.gov.my/#/home untuk mendapatkan pengetahuan tentang AI di samping mendapatkan lencana kenangan sebagai tanda selesai pembelajaran kendiri kita😊


Comments