PdPR yang berlangsung pastinya mengundang pelbagai ragam dan reaksi dalam proses yang dilalui. Bagi subjek Pendidikan Islam di MRSM Balik Pulau, beberapa kaedah digunakan bagi memberikan kesan yang maksimum kepada pelajar dan guru. Sebagai contoh penggunaan Microsoft Teams;
PdPR Tingkatan 4
Segala arahan, pengumuman dan perbincangan kelas dilakukan dalam MS Teams |
Perekodan tugasan/assigment pelajar lebih sistematik |
Disebabkan semua pelajar dan guru MRSM Balik Pulau telah dibekalkan dengan akaun Office 365, penggunaan Microsoft Teams sebagai platform untuk menjalankan PdPR adalah sangat efektif kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan. (Rujuk: Kelebihan MS Teams).
Kahoot sebagai platform bagi menilai tahap kefahaman pelajar |
Penggunaan Microsoft Forms sebagai penilaian selepas kelas berlangsung. Analisis tahap pencapaian pelajar lebih sistematik. |
Penandaan tugasan pelajar melalui Microsoft Forms (print PDF) menggunakan konsep DIGITAL INKING (lebih mudah dan menjimatkan) |
PdPR Tingkatan 5
PdPR bagi Tingkatan 5 juga menggunakan Microsoft Teams sebagai platform utama tetapi ditambah dengan penggunaan beberapa lagi platform digital bagi memantapkan kefahaman dan pencapaian pelajar. Lebih-lebih lagi, mereka bakal mendudiki SPM 2021 pada tahun ini. Antara platform menarik yang digunakan dalam kelas Pendidikan Islam Tingkatan 5 seperti berikut;
Mewujudkan Google Sites/Portal Unit Pendidikan Islam bagi menyebarkan informasi tambahan kepada para pelajar dan guru Pendidikan Islam seluruh Malaysia |
Bahan pembelajaran Tingkatan 5 secara dalam talian boleh diakses melalui portal Unit Pendidikan Islam ini |
Selain itu, Unit Pendidikan Islam MRSM Balik Pulau juga telah menghasilkan inovasi platform pembelajaran kendiri (self learning) menggunakan medium WAKELET bagi urusan pembelajaran secara bersendirian bagi pelajar-pelajar di rumah bagi semua tingkatan.
Koleksi Wakelet Platform PAI Tingkatan 5 dan Platform PAI Tingkatan 3 antara yang paling lengkap buat masa ini. Bagi setiap topik pembelajaran dalam buku teks disediakan video pembelajaran, akses kepada buku teks digital secara topikal dan juga kuiz berkaitan topik tersebut.
Ia boleh diakses di mana-mana, pada bila-bila masa dan berguna sebagai bahan persediaan sebelum satu-satu sesi kelas dijalankan oleh guru. Platform ini boleh diakses terus dan boleh dikongsikan melalui pautan disediakan walaupun pengguna tiada akaun Wakelet.
Buku Teks Interaktif/Platform Pembelajaran Kendiri Wakelet |
Dilengkapi video pembelajaran, buku teks & kuiz bagi setiap topik pembelajaran |
Bagi memudahkan perekodan HAFAZAN dan TILAWAH subjek Pendidikan Islam, penilaian (tasmik) dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi FLIPGRID. FLIPGRID adalah satu aplikasi pendidikan yang berorientasikan video dan pembelajaran secara dalam talian yang amat bermanfaat untuk pembelajaran yang melibatkan aspek lisan seperti pembentangan, bacaan, hafazan dan sebagainya.
Apa yang menarik, perekodan, komen, pemarkahan, perbincangan dan kolaborasi boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan peranti seperti telefon dan komputer. Ia dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 buat masa ini.
Video hafazan yang dihantar oleh para pelajar disusun secara automatik. Perekodan boleh dilakukan dengan sistematik dengan pelbagai pilihan Tetapan. |
Pelaksanaan kelas hafazan secara dalam talian, dilengkapi dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berbentuk video dll |
Video hafazan dinilai secara individu. Guru boleh memberikan komen secara bertulis atau membetulkan bacaan pelajar dalam bentuk video Flipgrid. |
Secara ringkasnya, ini hanya sebahagian daripada aktiviti PdPR yang dijalankan. Terdapat beberapa lagi program yang dijalankan namun tidak dapat dinukilkan di sini. Semoga semua guru dan pelajar dapat menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lancar walaupun ia tidak mudah lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19 ini masih menyelubungi kita pada masa kini.
Comments
Post a Comment