Kenapa saya suka Microsoft Teams?

Microsoft Teams adalah salah satu platform pembelajaran dalam talian yang menjadi pilihan saya untuk menjalankan proses PDPC. Bukan saja sesuai untuk pembelajaran jarak jauh, tapi untuk sepanjang masa kerana saya menggunakannya untuk menjadikan pengurusan kelas lebih sistematik.

Daripada pelbagai jenis dokumen berkaitan kelas, Alat Bantu Mengajar, pelbagai jenis aplikasi sehinggalah apa sahaja pautan di internet boleh diintegrasikan dengan MS Teams. Sebab itu Teams adalah satu pilihan tepat untuk menyokong kerjaya seorang pendidik kerana MENGAJAR adalah sebahagian daripada skop tugas kita, tetapi sebahagian lagi jenis tugasan yang tidak kurang pentingnya adalah MENGURUS. 

Beberapa fungsi MS Teams yang sangat diperlukan warga pendidik seperti berikut:

  • Mengintegrasikan pelbagai jenis aplikasi dalam satu platform

Saya selalu menggunakan MS Teams sebagai satu cara mengintegrasikan aplikasi Microsoft dan sekutunya seperti Forms, Flipgrid, Kahoot, Wakelet, Office (Word, Excel, PowerPoint), One Drive, OneNote, Class Notebook dan lain-lain di dalam satu tempat. Malah, aplikasi-aplikasi bukan Microsoft juga dapat diintegrasikan dengan baik dan lancar dalam MS Teams ini. Yang biasa saya gunakan ialah Quizizz, Youtube serta laman-laman web yang berkaitan dengan keperluan pembelajaran seperti pengkalan data pelajar MRSM yang dikenali sebagai ESPPNG. Bergantung kepada keperluan masing-masing.

Ratusan apps/platform dari pelbagai bidang mampu diintegrasikan dalam MS Teams
  • Ruang simpanan tanpa had

Ini antara ciri yang saya paling suka. Entah berapa banyak pendrive yang seringkali bertukar ganti sebelum ini disebabkan ruang setoran tidak mencukupi. Apabila beralih kepada external hardisk, masalah yang sama juga berlaku. Walaupun ruang simpanan banyak, tetapi mengurus external hardisk bukan kerja mudah. Kadang-kadang perlu tunggu lama untuk hardisk running. Paling menjemukan kalau nak scan virus. Sekarang tidak lagi dengan adanya ruang setoran dalam Office 365 seperti One Drive yang sangat efektif, tiada had setoran dan mudah menghubungkan fail atau apa-apa dokumen dengan sangat mudah. Hanya melalui kuasa Share Link/pautan sahaja. MS Teams juga sangat mesra One Drive. Ia juga lebih selamat dengan ciri-ciri keselamatan untuk perlindungan dokumen.

  • Mudah mencipta Assignment
Sebagai pendidik, butang Assignment sangat penting dalam MS Teams. Sebaik sahaja anda klik, sekilas ikan di air anda boleh tahu bagaimanakah untuk memberikan tugasan kepada pelajar. Anda boleh merancang tarikh bermula tugasan dan tarikh akhir. Sebaik sahaja pelajar menghantar tugasan, kita tahu dengan tepat bila tarikh dan masa penghantaran. Jika melebihi tempoh ditetapkan, dicatatkan juga berapa hari lewat. Anda boleh memilih sama ada mahu menghalang atau membenarkan pelajar hantar lewat. Saya biasanya membenarkan pelajar hantar juga, tetapi markah pelajar tersebut akan kurang sedikit, yang penting mereka ada usaha. Rekod penghantaran tugasan dicatatkan secara automatik berbanding kaedah konvensional kita mencatakan dalam fail keras atau borang berbentuk kertas, silap letak, rekod pun menghilang. Ini antara masalah yang diselesaikan dengan kepintaran MS Teams. 

Isi ruang kosong untuk mencipta Assigment. Setelah lengkap klik Assign

Status semasa penghantaran Assigment ditunjukkan

Status penghantaran pelajar dengan paparan Feedback dan markah

  • Menanda secara automatik melalui fungsi Rubric
Ramai menyangka, ruang Assignment dalam MS Teams ini biasa-biasa saja. Ramai yang belum sedar bahawa, tugasan pelajar boleh ditanda secara separa-automatik dengan menggunakan ciri Rubric di dalamnya. Semudah klik pada rubrik yang anda boleh cipta sendiri, pemarkahan diberikan secara automatik. Ia pasti banyak membantu guru sebab penandaan pada tugasan kini boleh diambil alih oleh sistem MS Teams yang pintar. Tidak perlu belajar coding untuk menjadikannya bersifat automasi. Cukup dengan menggunakan MS Teams, anda akan dapat manfaat yang besar tersebut dalam menanda tugasan pelajar.  

Template rubrik sedia ada. Rubrik boleh diubah mengikut keperluan anda

Rubrik yang saya cipta sendiri mengikut kriteria khas subjek Islamic Studies


Apabila mana-mana ruang rubrik diketik, markah akan terpapar secara automatik. Lihat: Total

  • Penandaan tugasan yang mesra pen digital
Bagi tugasan yang memerlukan penandaan menggunakan pen digital seperti soalan esei dan karangan misalnya, menanda tugasan melalui MS Team juga mudah. Lebih-lebih lagi jika tugasan yang diberikan dalam bentuk OneNote/Class Notebook atau Microsoft Word sebagai contoh. Anda boleh terus menanda dengan pen digital untuk One Note/Class Notebook. Jika Microsoft Word, penandaan dilakukan terus juga tetapi perlu klik kepada Open in Desktop Apps (di ruang atas, tengah) ketika fail Word dibuka sebelum pen digital boleh berfungsi. Jika tugasan dihantar dalam bentuk PDF, anda boleh mengaktifkan fungsi pen jika PDF tersebut dibuka menggunakan enjin carian Mcirosoft Edge. Rujuk sedikit nota contengan saya mengenai perkara ini. Maaf, berterabur sikit.hehe. InsyaAllah, saya akan cantikkan lagi nota bergambar ini pada siri tutorial akan datang.


  • Analisis prestasi semasa pelajar dengan sekali pandang
Di sebelah butang Assignment, terdapat satu bahagian yang berkuasa iaitu Grades. Jika anda banyak kali memberikan tugasan melalui Assignment MS Teams, bahagian Grades ini akan menjadi lebih cantik susunannya kerana jumlah markah pelajar akan ditunjukkan secara bersebelahan. Tugas terbaru akan disusun di bahagian paling depan sekali. Dengan sekali pandang, anda boleh melihat turun naik prestasi pelajar dalam beberapa tugasan yang diberikan. Jika ibu bapa tanya tentang prestasi anak, boleh terus ambil tangkap layar anak di bahagian Grades hantar kepada ibu bapa. Paling menarik, semestinya analisis ini boleh dipermudahkan lagi dengan mengeksportnya ke dalam bentuk Excel dengan sekali klik sahaja. Mudah kan?

Status terkini Assignment dipaparkan secara tersusun. Boleh eksport ke Excel
  • Pelbagai fungsi menarik ketka kelas/mesyuarat dalam talian

Pelbagai pilihan perkongsian skrin.
Boleh gunakan Whiteboard jika mahu menulis di skrin bersama pelajar

Melihat kehadiran peserta secara visual dengan fungsi Together Mode

Pelbagai pilihan ketika mesyuarat/kelas seperti Background Effects pelbagai tema,
Live Caption (automatic subtitle) dan banyak lagi

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan lain yang tidak dapat saya ceritakan dalam hantaran kali ini.  Pada hantaran yang akan datang saya akan ulas lebih lanjut lagi tentang fungsi Microsoft Teams. Paling mengujakan, pada penghujung tahun ini dikhabarkan pihak Microsoft akan mengemaskini banyak lagi fungsi-fungsinya bagi memastikan ia terus relevan di pasaran. Sama-sama kita nantikan. Rakan-rakan boleh cuba menggunakan Microsoft Teams dan cuba mengeksplorasi fungsi-fungsinya yang sangat menarik dan berkesan untuk tujuan pembelajaran dalam talian. Semoga jumpa lagi dalam hantaran saya yang akan datang. Terima kasih atas kesudian berkunjung ke blog ini😊

Soal jawab:

1. salam cikgu, kenapa bila saya buka gambar tugasan pelajar tiada option untuk open in desktop app? pelajar saya upload gambar tugasan mereka ke assignment di teams. Bagaimanakah cara mudah untuk saya tanda tugasan mereka ?

Jawapan: Salam cikgu, jika pelajar hantar tugasan dengan format Word, biasanya akan terpapar Open in Desktop App ketika kita view tugas pelajar tersebut di ruang Assignments Teams..kalau tiada paparan tersebut, ia tersembunyi di sebalik Icon Pensel..boleh cuba lihat di situ..Ada juga cara lain untuk menanda, pada saya paling mudah, ketika kita view tugas tersebut (format Word), cikgu boleh klik pada Icon Pensel tadi dan pilih fungsi Reviewing..apabila kita taip komen, automatik tulisan kita keluar dengan dakwat merah..sangat sesuai untuk penandaan tanpa pen digital..lihat contoh dalam gambar. Harap membantu😊






 




Comments

  1. salam cikgu, kenapa bila saya buka gambar tugasan pelajar tiada option untuk open in desktop app? pelajar saya upload gambar tugasan mereka ke assignment di teams. Bagaimanakah cara mudah untuk saya tanda tugasan mereka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cikgu, jika pelajar hantar tugasan dengan format Word, biasanya akan terpapar Open in Desktop App ketika kita view tugas pelajar tersebut di ruang Assignments Teams..kalau tiada paparan tersebut, ia tersembunyi di sebalik Icon Pensel..boleh cuba lihat di situ..Ada juga cara lain untuk menanda, pada saya paling mudah, ketika kita view tugas tersebut (format Word), cikgu boleh klik pada Icon Pensel tadi dan pilih fungsi Reviewing..apabila kita taip komen, automatik tulisan kita keluar dengan dakwat merah..sangat sesuai untuk penandaan tanpa pen digital..lihat contoh dalam gambar. Harap membantu😊 saya ada bagi contoh gambar di post ini

      Delete

Post a Comment