Klik di sini. Jom melawat portal kami |
Alhamdulillah, pada minggu ini dapat saya bangunkan portal Unit Pendidikan Islam, MRSM Balik Pulau dengan menggunakan Google Sites. Saya baru pertama kali belajar menggunakan Google Sites. Walaupun baru sangat, tetapi sebab Google Sites ni mesra pengguna dan paparannya pun mudah dan simple, saya tak ambil masa yang lama untuk memahirkan diri.
Ia sangat sesuai untuk golongan beginner yang berhasrat memiliki portal/website sendiri tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula. Jadi, saya sangat menyarankan anda mencuba Google Sites. Tidak perlu mendaftar lagi sekiranya anda sememangnya sudah sedia memiliki emel Google.
Beberapa pilhan ruang/pages diwujudkan untuk memudahkan dokumentasi |
Selain menggunakannya sebagai bahan dokumentasi dan paparan aktiviti unit, kami juga berhasrat menggunakan Sites ini sebagai platform melaksanakan kelas PDPR. Bahan pembelajaran kendiri akan dimuatnaik dalam portal ini bagi memudahkan urusan PDPR pelajar dan juga guru.
Apa yang boleh saya simpulkan, pengalaman sepanjang beberapa hari membangunkan portal unit kami ialah seperti berikut:
Kelebihan:
- lebih mudah sekiranya kita telah mempunyai data/dokumen yang lengkap sebelum membangunkan sesebuah Sites.
- dokumen-dokumen tadi seeloknya diupload semuanya ke dalam Google Drive bagi memudahkan urusan untuk menghubungkan Sites melalui penggunaan pautan/link atau secara terus.
- sangat mesra dokumen dengan format docs, slides, sheets, forms. Tiada masalah jika fail berasal daripada format word, excel atau power point, ia akan menukarnya secara automatik supaya sesuai dengan format Google Sites.
- Google Sites mempunyai template yang simple dan asas sahaja. Sangat sesuai untuk golongan pemula kerana tiada terlalu banyak butang tersembunyi.
- Anda ada kelebihan jika ada sedikit pengalaman membangunkan apa-apa blog, kerana cara ia berfungsi tak jauh beza dengan blog.
- Boleh berhubung secara langsung dengan Google Drive dan mana-mana link daripada sumber internet
- Mesra dengan paparan di apa-apa jenis skrin, terutamanya telefon bimbit
- Ringan, ringkas dan mudah dikemaskini.
Pilihan asas untuk dimasukkan dalam portal. Simple tetapi agak lengkap. |
- tidak boleh kemaskini melalui telefon. Kena guna komputer.
- kurang pilihan layout dan themes
- sebarang pengubahsuaian terkini dalam Sites tidak dikemaskini secara automatik. Perlu klik Publish setiap kali kemaskini dibuat. Walaubagaimanapun, kemaskini disimpan secara automatik.
- pencarian Sites secara terus melalui enjin carian agak sukar. Pencarian blog lebih mudah.
- Banyak jenis fail tidak dapat diupload terus daripada desktop kecuali fail berbentuk image sahaja. Lain-lain fail hanya boleh diupload melalui Google Drive dan pautan internet.
Pilihan template yang ringkas tetapi menarik |
perkongsian yg terbaek.. jika tiada internet kita bole acces tak GS ni? maksudnya nk buka dapat x klu xde internet??
ReplyDelete