E-Portfolio dan fungsinya dalam bidang pendidikan

Fungsi E-Portfolio Pendidikan dalam Merekod Pencapaian Diri 
(Artikel ini merupakan rumusan daripada blog zabrie-portfolioartikel.blogspot.com/  
dan rujuknota.blogspot.com/)  

Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan. 

Portfolio mesti menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelatih: iaitu rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan. Portfolio mempunyai matlamat berbeza dari semasa ke semasa. Oleh itu ia haruslah dikemaskini dari semasa ke semasa. 
  
Sesuatu portfolio boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu masa, dengan syarat ia tidak bercanggah. Misalnya bahan yang terdapat di dalamnya menggambarkan minat dan objektif. Portfolio seharusnya mengandungi maklumat yang menggambarkan kemajuan (growth). Kaedah dan teknik menghasilkan portfolio memerlukan bahan sokongan, model dan refleksi. 

E-portfolio merupakan satu koleksi eviden diri yang bersifat asli dan menyeluruh, juga merupakan arkib besar yang mewakili maklumat yang dipelajari oleh seseorang individu atau pun sesebuah organisasi yang telah dibuat penilaian. Ia dibina untuk dibentangkan kepada satu atau lebih audien untuk kegunaan tertentu.  

E-portfolio merupakan portfolio elektronik bertujuan mengetahui kebolehan dari sudut pengetahuan, kemahiran sama ada bersifat formal, tidak formal, secara tidak sengaja, atau pembelajaran secara tidak langsung.  

Terma e-portfolio terbahagi kepada dua bahagian sama ada sebuah arkib digital atau pun satu bentuk pembentangan. Salah satu keperluannya ialah sebagai tugasan pembelajaran, seperti tugasan dalam merekod pencapaian pelajar oleh guru kelas atau pun tugasan kendiri tentang perkembangan dan perubahan tahap pengetahuan, kemahiran dan kebolehan.  

Terdapat 7 fungsi berbeza bagi satu-satu portfolio iaitu: 

  1. Mengenali Pembelajaran.  
Pelajar selalu kekurangan kemahiran untuk mengenalpasti tahap pembelajaran mereka terutamanya ketika pembelajaran langsung (on-going) Ia tidak semestinya memenuhi objektif pembelajaran formal. 

  1. Merekod Pembelajaran 
Apa yang seharusnya kita rekodkan dalam sesebuah portfolio? Portfolio mengandungi rekod pencapaian rasmi tetapi pembelajaran langsung dari rumah dan tempat kerja yang diperolehi secara tidak langsung juga sama penting dengan pembelajaran formal. E-portfolio seharusnya membenarkan kita merekod pembelajaran dan pencapaian yang diperolehi dari rumah atau tempat kerja. 

  1. Refleksi Pembelajaran. 
Dalam terma e-portfolio, refleksi kemungkinan di antara bahagian yang paling kurang dibangunkan. Refleksi secara umumnya boleh dilihat sebagai satu proses komentar kendiri oleh seseorang atas apa-apa aspek diri mereka sendiri. Komentar tersebut boleh jadi bersifat privasi, dikongsikan atau pun umum. Sebagai contoh, jurnal dan laman-laman web. 

  1. Pengesahan Pembelajaran. 
Pengesahan adalah satu proses mengesahkan sesuatu proses pembelajaran termasuklah kebolehan dan kecekapan mengenalpasti dan merekod. Pengesahan melibatkan verifikasi bukti atau eviden. Eviden disediakan oleh pelajar untuk membuktikan pencapaian peribadi mereka dalam bentuk dan media yang pelbagai sebagai contoh rekaan kerusi yang mereka ciptakan atau pun URL laman web yang telah mereka hasilkanVerifikasi secara ringkasnya adalah satu sumber pembuktian atas satu-satu dakwaan pencapaian sebagai contoh senaskhah surat daripada ketua jabatan menjadi bukti yang mengesahkan penglibatan kerja seseorang di tempat dia bertugas. 
 Validation is not the same as assessing and accrediting. Validation is referenced against the abilities and competences identified by the learner – not those of an external occupational profile or qualification. 

  1. Pembentangan Pembelajaran 
Pembentangan melibatkan peluang untuk memilih artifak daripada portfolio untuk menceritakan sesebuah kisah atau membentuk satu fakta. Pembentangan melibatkan proses penstrukturan, visualisasi, penceritaan dan membentuk tujuan. E-portfolio seharusnya membenarkan seseorang individu untuk membentangkan secara bebas tentang pembelajaran mereka dari sudut pandangan yang pelbagai. 

  1. Perancangan Pembelajaran 
Perancangan ialah satu bentuk refleksi iaitu melihat ke belakang mahupun melihat ke hadapan. Persoalan seperti apakah pencapaian yang telah aku capai dan apa yang aku mahu capai antara persoalan utama yang dibangkitkan dalam portfolio ini. 

  1. Akses kepada Pembelajaran. 
Akses ialah satu proses luaran yang bukan di bawah kawalan seseorang pelajar. Akses merupakan penilaian dari luar terhadap sekumpulan artifak yang dipersembahkan oleh seseorang pelajar. 

Antara kepentingan e-portfolio kepada kita ialah:- 
a ) Cermin diri  orang yang membinanyaIa memberi refleksi tentang pembelajaran kita, tentang perkara-perkara yang kita kuasai dalam bidang-bidang tertentu. 
b )  Membina perkembangan bakat pelajar. Dengan adanya e-portfolio , pelajar dapat merancang dan memperkembangkan potensi yang terdapat dalam diri mereka.  
c ) Menjadi sumber rujukan pelajar pada masa akan datang. Portfolio merupakan alat perbandingan bagi membina analisis di masa depan. 


Jenis-Jenis E-portfolio 
Terdapat pelbagai jenis e-portfolio yang boleh dihasilkan untuk kegunaan peribadi ataupun organisasi antaranya; 

1.         Portfolio Pembangunan:  
Menunjukkan kemajuan dan pembangunan kemahiran pelajar dalam tempoh masa tertentu. Portfolio Pembangunan ialah kerja-kerja dalam pelaksanaan dan  penilaian kendiri seperti refleksi / maklum balas.  

2.         Portfolio Penilaian  
Menunjukkan kecekapan pelajar dan kemahiran dalam bidang tertentu. Tujuan utama adalah untuk menilai kompetensi pelajar. 

3.         Portfolio Showcase 
Menunjukkan kerja dan kemahiran pelajar. Portfolio jenis ini dibuat pada akhir kursus untuk menyerlahkan kualiti kerja pelajar. Pelajar akan menunjukan portfolio ini kepada bakal majikan yang berpotens untuk mereka. 

4.         Hibrid / Campuran 
Kebanyakan portfolio adalah gabungan tiga jenis portfolio yang disenaraikan di atas. Jarang sekali kita akan menemui satu jenis sahaja portfolio yang  digunakan untuk tujuan penilaian, pembangunan atau showcase.  

Menurut Helen Barrett, seorang pakar dalam bidang e-portfolio berkata, sebuah portfolio tanpa standard, tujuan dan/atau refleksi hanyalah resume biasa bukannya portfolio elektronik. 



Apakah Yang Perlu Ada Dalam E-Portfolio? 

Antara elemen yang perlu dimasukan ialah: 

1.    Maklumat Pelajar seperti nama, maklumat kenalan, tamat pengajian tarikh, dan lain-lain. 
2.   Jadual isi kandungan atau pautan yang sesuai dengan kandungan 
3.   Matlamat atau visi 
4.  Kriteria yang digunakan untuk menyelaraskan kandungan portfolio kurikulum institusi, jabatan atau kursus 
5.   Rubrik atau  kriteria penarafan, yang menyediakan pengajar dengan alat untuk memantau prestasi pelajar.  
6.   Garis Panduan: digunakan untuk memilih koleksi artifak yang sesuai untuk rekod dalam portfolio. 
7.   Artifak: contoh kerja dan pencapaian termasuk dokumen, imej, video, audio dan lain-lain  
8.   Maklumbalas / Refleksi  



Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya ahmad adib elhan dari kelas 2 farabi

    pada pendapat saya, blog ini dapat membantu ramai masyarakat yang tidak berpengetahuan tentang e-portfolio ini☺️

    ReplyDelete
  3. amni nuwairah (2f)-portfolio ialah cara kita mengenali diri kita. Portfolio seperti biodata diri contohnya untuk mengenali diri, kejayaan, halangan, cara kita untuk berjaya.bukan sekadar berjaya tetapi banyak lagi.

    ReplyDelete
  4. Thaqif- Pada pendapat saya, portfolio adalah sijil-sijil yang dikumpulkan supaya mudah mendapat pekerjaan.

    ReplyDelete
  5. Ayrish:Portfolio atau profesional ini amat bagus kerana dia boleh memberi gambaran seseorang itu dengan lebih jelas kepada masyarakat.Selain itu,portfolio bukanlah aplikasi yang viral seperti instagram,facebook dan sebagainya.Portfolio ini hanyalah untuk memberitahukan atau berkongsi kejayaan yang kita perolehi bersama-sama masyarakat.

    ReplyDelete
  6. Hanif Danial :"What I know about Portfolio is,

    Portfolio ni adalah untuk memperkenalkan diri atau menyimpan kenangan-kenangan bahagia yang dapat membuatkan orang lain boleh describe tentang diri kita.

    Terma e-portfolio pula terbahagi kepada dua bahagian sama ada sebuah arkib digital atau pun satu bentuk pembentangan.Sekian daripada saya Muhammad Hanif Danial,Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh..

    ReplyDelete
  7. nurin nada

    hebat. baru kitorang tahu portfolio itu apa.

    ReplyDelete
  8. intan-Poertfolio ialah koleksi/dokumen bagi seseorang yang profesional.ianya dapat menceritakan tentangn kisah hidup untuk dikenali ramai.Sebagai contoh,seseorang itu ingin menceritakan tentang kejayaannya selama berada di sekolah.

    ReplyDelete
  9. qilah-baru saya tahu portfolio itu apa , macam blog :3

    ReplyDelete
  10. amir- terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik dan menaikkan semangat saya untuk belajar.

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas perkongsian yang telah diberikan

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. asna - portfolio dapat memudahkan segala urusan kita

    ReplyDelete
  14. Penerangan yang ringkas, padat dan tepat.Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

Post a Comment