Klik untuk bacaan lebih lanjut dalam laman MDEC/MyDigitalMaker |
Tahniah juga kepada para pendidik yang tersenarai dalam Top 30. Anda semua hebat-hebat belaka dan inspirasi kepada saya serta para pendidik di seluruh negara. Kepada yang tidak berjaya dalam pertandingan kali ini, boleh cuba lagi pada tahun hadapan.
Pengiktirafan ini adalah sebagai motivasi kepada diri saya untuk melipatgandakan lagi usaha membudayakan teknologi digital dalam kerjaya pendidikan. Blog ini juga terhasil atas inspirasi yang saya dapat daripada para pendidik yang tidak kedekut ilmu dan sentiasa berkongsi dengan rakan-rakan tentang teknologi pendidikan.
Terima kasih Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berpengalaman hampir 25 tahun membawa misi memajukan ekonomi dengan mempercepat transformasi digital di Malaysia.
Pertandingan Cikgu Juara Digital yang telah masuk tahun kedua ini sebagai pengiktirafan kepada peranan guru dalam memacu penggunaan teknologi digital. Ia mampu memartabatkan lagi kerjaya perguruan. Para pendidik juga berpeluang menjalin kerjasama rapat dengan pihak industri, para inovator, pemimpin dan penyokong teknologi dalam usaha menyemarakkan ekonomi digital di negara kita.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih khususnya buat isteri, mak abah, pihak pengurusan MRSM Balik Pulau, kawan-kawan dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penyertaan kali pertama saya dalam Cikgu Juara Digital. Saya yakin, program seperti ini pasti dapat menjadi pemangkin kepada hasrat Malaysia menjadi pelopor dan pembina dalam industri digital, bukan sekadar menjadi pengguna sahaja.
Kita nantikan siapakah pemenangnya pada edisi tahun ini yang dijangka akan diumumkan menjelang Hari Guru tidak lama lagi.
Boleh juga baca sedikit coretan saya di https://cikgudaninovasi.blogspot.com/2021/04/pertandingan-cikgu-juara-digital-tiba.html pada hantaran sebelum i
Comments
Post a Comment