Pertandingan Cikgu Juara Digital tiba lagi. Jom sertai!

Pada tahun lepas Cikgu Aman telah dinobatkan sebagai Cikgu Juara Digital. Pesaing-pesaing beliau juga bukanlah calang-calang seperti Cikgu Hailmi, Cikgu Razif (Cikgu Siber), Cikgu Julie Mozianda dan Cikgu Goh Kok Ming. Semuanya hebat, dihormati dan sangat dikenali dalam kalangan pendidik di Malaysia. Begitu juga dengan 16 orang lagi yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan tersebut. Banyak sumbangan mereka di peringkat antarabangsa lebih-lebih lagi di peringkat kebangsaan. Mereka adalah sumber inspirasi kepada anak didik, rakan pendidik juga masyarakat di negara ini. 


Top 16


Saya sendiri selalu mengambil inspirasi daripada guru-guru tersebut yang sentiasa bermotivasi mengamalkan teknologi pendidikan dalam PDPC. Mereka juga sentiasa merendah diri dan selalu kongsikan ilmu di media sosial. Layari https://mdec.my/mydigitalmaker/cikgu-juara-digital/ untuk mengetahui maklumat lanjut. Jangan lupa, tarikh akhir penyertaan adalah pada 25 April 2021.

Comments