Digital Classroom: Membina Pembentangan Mudah dengan Microsoft Sway
Microsoft Sway merupakan satu aplikasi yang membantu pelajar atau kita untuk membuat pembentangan ringkas. Ia berfungsi seakan-akan Microsoft Power Point tetapi bentuknya lebih ringkas, padat dan lebih mudah. Lebih-lebih lagi ia diakses secara online tanpa perlu tekan butang Save.
Ia boleh diubahsuai penggunaannya menjadi seakan-akan laman web bagi mereka yang kurang pengetahuan mengenai cara membina blog dan laman web. Dengan fungsinya yang ringkas, pembentangan dengan Microsoft Sway mudah difahami oleh orang lain.
Dalam kelas saya pada hari ini, saya meminta pelajar menggunakan Sway untuk membina portfolio diri masing-masing. Pada kelas yang akan datang, pengetahuan asas mereka tentang Sway ini akan saya gunakan untuk mereka membentuk kumpulan bagi membina pembentangan Sway bagi topik pembelajaran subjek Pendidikan Islam, Tingkatan Dua, KSSM.
Berikut merupakan metodyang saya gunakan untuk pembelajaran pembinaan Microsoft Sway ini dalam masa 1 jam.
Langkah 1: Pelajar melayari blog https://cikgudaninovasi.blogspot.com dan membuka artikel berkaitan e-portfolio untuk mendapatkan kefahaman asas mengenai definisi dan fungsi e-portfolio
Langkah 2: Pelajar mencipta akaun Microsoft Outlook masing-masing untuk membolehkan mereka Sign In dalam Microsoft Sway. (mencipta akaun Microsoft Outlook akan membolehkan pengguna mendapat akses masuk ke dalam beberapa lagi tools Pendidikan Microsoft yang lain seperti One Note, Office Online, Skype, One Drive, Free Trial beberapa tools Microsoft dan banyak lagi).
Akaun Microsoft Outlook baru mereka ini adalah akaun rasmi bagi penggunaan kelas digital Pendidikan Islam. Saya akan berhubung dengan mereka melalui akaun email ini dan mmenggunakannya bagi tujuan pembelajaran Flipped Classroom.
Langkah 3: Pembinaan pembentangan dengan Microsoft Sway.
- kita akan cuba membina E-Portfolio iaitu pengenalan diri di atas talian atau panggil saja Resume.
- Sign In ke dalam Microsoft Sway dengan menggunakan emel Outlook/Office 365
- Klik CREATE NEW di sebelah kiri atas
- rupa paras Sway anda kelihatan seperti di bawah
- Mulakan dgn muatnaik gambar pilihan anda yg sesuai dgn klik di bahagian BACKGROUND.
- Anda boleh search gambar melalui enjin carian atau dalam komputer anda sendiri di bahagian sebelah kanan Sway.
- Drag atau tarik sahaja gambar yang anda suka ke bahagian background
- Tulis tajuk Sway anda seperti E-Portfolio Nama Anda
- Cuba lihat preview atau rupa paras sebenar Sway anda dengan klik butang PLAY di sebelah kanan atas
- Selalu bermain dgn butang PLAY bagi melihat kesesuaian kombinasi teks dan gambar anda
- Rupa paras/preview sebenar Sway anda jika butang PLAY diklik
- seterusnya klik butang EDIT di sebelah kanan atas utk edit semula
- kemudian akan muncul satu kotak yg mengandungi fungsi2 berikut:
- butang + = utk menambah slide yg berikutnya (dlm Sway ia dipanggil CARD/kad)
- Heading tajuk = / topik
- Text = untuk menulis teks/keterangan yang lebih panjang
- Image = untuk muatnaik gambar
-Stack = pelbagai pilihan gaya persembahan bagi gambar yang banyak (lebih dari satu/album)
- Upload = muat naik pelbagai jenis file ke dalam Microsoft Sway
- saya memilih untuk menambah kad/slide jenis teks pada kad yang kedua
- dan saya memilih untuk menambah kad/slide jenis gambar & video pada kad yang ketiga
- anda boleh klik pada GROUP GRID seterusnya klikp GROUP TYPE untuk memilih album gambar yang disukai
- Siap sudah pembentangan Sway anda😀
Untuk kelas selama 1 jam, saya sempat memberikan pengetahuan asas kepada pelajar tentang fungsi dan penggunaan Microsoft Sway untuk membuat pembentangan. Selebihnya pelajar boleh explore sendiri dan saya menasihatkan mereka untuk rajin melihat tutorial dalam laman YouTube bagi memantapkan pengetahuan mereka.
Saya juga menggalakkan pelajar untuk berkongsi Sway yang telah siap mereka hasilkan kepada orang lain melalui link atau pun menggunakan QR Code. Yang terbaik tentang Sway, ia tidak perlu di'save' (tidak perlu risau hasil kerja hilang) dan ia akan disimpan dalam cloud One Drive dan email Microsoft Outlook kita.
Contoh Sway profil diri saya dalam Microsoft Educators Community (MEC).
Antara gambar-gambar aktiviti Kelas Digital Pendidikan Islam yang saya jalankan di sekolah menggunakan Microsoft Education Tools
Comments
Post a Comment