Aspek Kolaboratif dalam Power Point Online




Salah satu aspek yg penting dan perlu diamalkan dalam PAK 21 adalah kolaboratif..Pada kefahaman saya, kolaboratif merupakan satu kaedah di mana pelajar perlu bekerjasama sesama mereka atau pihak lain utk mencapai objektif atau tujuan pembelajaran. Ia tidak boleh dicapai jika pelajar melakukannya secara persendirian.

Aspek ini perlu diterapkan  lebih awal,seawal usia muda kerana dalam dunia realiti terutamanya di alam kerjaya, profesion di dunia ini sgt mementingkan kolaborasi dlm menyelesaikan tugas. Hasilnya lebih berkualiti.

Kolaboratif berjaya apabila kita sanggup bertoleransi dan berfikiran terbuka serta rasional dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Pada masa kini, kemahiran ini sangat lah kritikal kerana hampir semua tugasan profesional memerlukan sifat kolaboratif.







Dalam  kelas ini, saya menggunakan email Office 365 dgn domain maktab (xyz@balikpulau.mrsm.edu.my). Setiap pelajar dibekalka. dgn emel masing2 dan saya sharekan Power Point Online saya kpd semua pelajar sbg ruang kolaborasi. Jika menggunakan Power Point offline/biasa aspek ini tak dapat dilakukan. 

Setiap pelajar telah dibahagikan kumpulan dan perlu menyiapkan bahagian masing2 (1 kumpulan, 5 slide). Tamat kelas nanti, pelajar dapat menghasilkan 1 fail powerpoint yang lengkap dgn fakta dikehendaki.

Secara ringkasnya, topik yg saya minta mereka hasilkan ialah Makanan Halal.

Kump.1: Definisi dan konsep
Kump.2: Prosedur halal JAKIM
Kump.3: Logo halal sedunia
Kump.4: Perbandingan konsep halal dan konsep Kosher Yahudi serta contoh
Kump.5: Rumusan dan pembentangan

Akhirnya, setelah tamat proses pembelajaran, saya akan dapat melihat 1 set pembentangan powerpoint sebanyak 25 slides yg lengkap dan dihasilkan melalui kaedah kolaboratif. Semua ini mudah dilakukan dengan butang SHARE yang terdapat dlm kebanyakan aplikasi pendidikan Microsoft seperti Word, Excel, Powerpoint, Sway, OneNote dan banyak lagi.

Comments