Flipgrid meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar



Komunikasi sangat penting dalam kehidupan seharian kerana ia kita sentiasa akan berdepan dgn situasi yg memerlukan konunikasi berkesan terutamanya dlm berurusan dgn orang lain dan juga aspek kepimpinan.

Biasa berlaku, pelajar apabila di belakang kita mereka bercakap tanpa henti dan begitu natural berkomunikasi dlm kalangan kelompon mereka. Tetapi apabila diminta bercakap dalam keadaan formal seperti pembentangan, kemahiran tadi seolah2 hilang dan mereka lebih banyak berdiam dan kurang berkeyakinan utk mempersembahkan diri di khalayak.

 Flipgrid antara aplikasi pembelajaran yg saya suka gunakan kerana ia merupakan aplikasi khas yg dihasilan pihak Microsoft utk membantu pelajar daripada aspek kemahiran komunikasi terutamanya bercakap. Ia boleh dikatakan sbg laman sosial yg menghubungkan sesama ahli melalui lisan bukan tulisan yg dirakamkan dlm video pendek paling kurang 15 saat hingga 5 minit sahaja.

Pelajar akan belajar menjadi bertanggungjawab kerana apa yg dia katakan dirakam dlm bentuk video berbanding media sosial lain yg menggunakan penulisan sehingga timbul istilah keyboard warrior.

Cikgu pun senang memberikan markah kpd setiap video pelajar dgn rubrik tersedia atau rubrik yg boleh kita bina sendiri. Video2 ini boleh menjadi bahan eviden yg boleh diambil semula di cloud tanpa memakan ruang di komputer kita. Lagupun ia sangat mesra telefon pintar.

Kalau membentang depan ramai dlm kelas, tak sanggu pelajar ni bentang sampai baring2 macam ni.hehe.(topik solat ketika sakit.)

Sepanjang saya menggunakan aplikasi ini, saya dapat melihat pelajar lebih berkeyakinan bercakap kerana tidak terasa terancam perlu bercakap di khalayak yg ramai. Pada pendapat saya, aplikasi ini adalah salah satu medium terbaik yg boleh digunakan sebagai latihan komunikasi dunia sebenar pelajar.

Setelah melalui pelbagai latihan aktiviti rakaman video di Flipgrid, pelajar nampaknya lebih berkeyakinan utk membuat pembentangan apabila bercakap di luar dunia Flipgrid.

Comments