Pembelajaran melalui praktikal berkesan bagi meningkatkan kefahaman pelajar



                  Praktikal Sembelihan

Pelajar tingkatan 4 diberi peluang melakukan penyembelihan burung puyuh. Kenapa puyuh?(sebab harganya murah saja,lebih kurang RM 2 sebab kita beli secara borong lebih 100 ekor..dalam program ni saya dan guru Pendidikan Islam lain bertindak sebagai fasilitator, manakala penyelarasnya, Guru Kanan aka ketua kami, ustaz Nizam yang menguruskan perjalanan program. Tanpa gagal, hampir setiap tahun dapat dilaksanakan, alhamdulillah..





Praktikal Pengurusan Jenazah

Disebabkan kekurangan masa dan tenaga, pengurusan jenazah kali ni dapat buat praktikal kafan sahaja..cikgu2 yang  lain masing2 ada tugasan dan kelas pengukuhan utk PT3/SPM yg bakal berlangsung tak lama lagi. 

Walaubagaimanapun, saya dibantu oleh ajk BADAR (yg telah berkursus jenazah di Politeknik Balik Pulau) yg bersemangat utk mempelajari fardu kifayah ini. 

Alhamdulillah berjalan dgn lancar dengan modal RM 150 yg diberikan pihak maktab. Kain2 kafan dan kelengkapan lain boleh simpan semula dan pakai balik pd tahun depan.

Sebelum ni kita jemput orang luar utk demo..kali ni kita buat sendiri setelah fapat ilmu dan keyakinan drpd demonstrasi yg ditunjukkan penceramah sebelum2 ini. Alhamdulillah.



Praktikal Haji dan Umrah

Program yang diketuai oleh Haji Ustaz Shaharuddin dibantu oleh ustaz2 yg lain antara yang ditunggu2 pelajar Ting.5. Aura praktikal haji kali ni lebih dirasai kerana dibuat pd musim haji n dekat dengan cuti aidiladha.

Meremang bulu roma bila mendengar lafaz talbiah yang dialunkan para pelajar dengan penuh semangat..pelajar yang tiada kain ihram,sanggup memakai cadar sebagai alternatif,menunjukkan betapa mereka sgt komitmen utk belajar.

Sikap begini jika diteruskan n dibuat selalu dalam hidup insyaAllah akan membuahkan hasil yg besar buat anak2 semua.

Syabas unit pendidikan islam dan bahasa arab MRSM Balik Pulau yg diketuai ust.nizam dgn sokongan ust.shaharudin,ust romei,ust zallfadhli,ustzh zulaika,ustzh ummi dan sy juga😁

Comments