PDPC dengan Microsoft Teams



Berkolaborasi melalui Teams

Kolaborasi Mencipta Soalan Objektif dengan Forms

Dalam kelas ini, saya cuba mengaplikasikan PDPC dengan menggunakan Microsoft Teams sebagai platform utama. Aspek yang ingin ditekankan adalah KOLABORASI. Pembelajaran melalui kolaborasi penting untuk diperkenalkan pada peringkat awal kerana kerja sebagai satu pasukan adalah kunci kejayaan dalam sektor pekerjaan pada masa kini dan pada masa akan datang.

Berikut merupakan rancangan mengajar saya secara ringkas:

Subjek  : Pendidikan Islam / Islamic Studies
Tugas   : Mencipta kuiz objektif dengan Microsoft Forms
Masa    : 1 jam
Kelas    : 2 Farabi
21 CLD : Collaboration
Konsep : Flipped Classroom menggunakan platform Microsoft Teams

Tindakan sebelum kelas:
1.     Guru mencipta kelas dalam Teams dan add masuk pelajar menggunakan emel sekolah
2.     Guru memberikan arahan terperinci tentang perjalanan kelas di lab computer nanti
3.     Tugasan seperti berikut:

Mencipta Soalan Objektif dengan Microsoft Forms
Sasaran: Forms ini akan digunakan sebagai latih tubi untuk menghadapi peperiksaan

Topik
Kumpulan (1 kumpulan 2 orang)

Pelajaran 11
Kumpulan 1
Pelajaran 12
Kumpulan 2
Pelajaran 13
Kumpulan 3
Pelajaran 14
Kumpulan 4
Pelajaran 15
Kumpulan 5
Pelajaran 16
Kumpulan 6
Pelajaran 17
Kumpulan 7
Pelajaran 18
Kumpulan 8
Pelajaran 19
Kumpulan 9
Pelajaran 20
Kumpulan 10
Pelajaran 21
Kumpulan 11
Meronda & membantu rakan-rakan
Team  Mentor (3 0rang)
Menyelaras design & menyusun atur
Team Designer (2 orang)



Tindakan semasa kelas:
1.     Pelajar log masuk emel masing dalam office.com
2.     Pelajar diberikan penerangan tentang asas mencipta Microsoft Forms
3.     Team Mentor diberikan penerangan lebih terperinci tentang bagaimana menggunakan Microsoft Forms
4.     Pelajar mula mencipta kuiz objektif masing-masing dengan merujuk kepada buku latihan
5.     Team Mentor akan meronda di dalam kelas untuk membantu rakan-rakan dari sudut teknikal
6.     Masalah yang mentor pelajar tidak dapat selesaikan akan dirujuk kepada guru
7.     Menghantar tugasan:
a.      Guru mewujudkan folder khas untuk menghantar tugasan dalam Share Point
b.     Link ke Share Point tersebut dikongsikan kepada pelajar dalam ruang chat Teams
c.      Pelajar klik link tersebut dan mengisi butiran penting iaitu LINK ke Forms masing-masing dalam document Word yang disediakan dalam Share Point
d.     Sebelum menghantar, pelajar mestilah Share dan add masuk guru dalam Forms mereka supaya guru boleh edit borang tersebut

Tindakan Selepas Kelas:
1.     Team Teknikal akan menyelaraskan semula design tugasan dan melihat sekiranya terdapat masalah
2.     Team Teknikal akan melaporkan kepada guru tentang apa-apa masalah yang dihadapi dan merekodkannya dalam Teams
3.     Guru  akan menilai dan membuat pertimbangan terhadap semua masalah yang ada dan cuba menyelesaikannya bersama-sama pelajar Team Teknikal

Refleksi:
·       Dalam kelas ini, pelajar banyak didedahkan dengan beberapa skill iaitu:
o   Kepimpinan
o   Pembelajaran Kendiri (Self-Learning)
o   Berkolaborasi

·       Microsoft Teams menggalakkan pengamalan Flipped Classroo kerana guru dan pelajar boleh sentiasa berhubung sebelum, semasa dan selepas kelas juga pada bila-bila masa.

·       Kelas ini memaksimumkan penggunaan SHARE dalam tools Office 365 seperti Word Online, Power Point Online, Microsoft Forms, Microsoft Teams dan Share Point bagi membiasakan pelajar dengan skill kolaborasi.

Pelajar gembira dengan konsep Flipped Classroom

Comments