Video Klip Aktivit Menjawab KBAT secara berjemaah
Subjek : Pendidikan Islam / Islamic Studies
Tugas : MENJAWAB SOALAN KBAT SECARA BERJEMAAH
ABM : KANVAS KBAT
Masa : 1 jam
Kelas : 3 Farabi / 3 Khazin
Konsep : Pembelajaran aktif menggunakan Sticky Notes
Tujuan :
- ·
Belajar
berkongsi idea dengan rakan sekumpulan
- ·
Dapat
membuat banding beza idea sendiri dengan idea rakan
- ·
Bekerjasama
dalam mencapai matlamat melalui kolaborasi
- ·
Melatih
komunikasi pelajar apabila dikehendaki membentangkan idea mereka
Kanvas KBAT Pendidikan Islam
Kaedah pelaksanaan:
1.
Guru
memberikan taklimat dan arahan ringkas tentang konsep Kanvas KBAT kepada ketua
kumpulan
2.
Setiap
kumpulan mendapat 1 kertas mahjung, pen & sticky notes untuk dibinakan
Kanvas KBAT versi kumpulan masing-masing
3.
Setiap
kumpulan boleh memilih mana-mana soalan KBAT daripada buku teks/buku latihan tetapi
soalan tidak boleh sama dengan pilihan kumpulan lain.
4.
Setiap
ahli kumpulan dikehendaki menjawab soalan KBAT tersebut tetapi perspektif
jawapan mestilah berbeza di antara ahli kumpulan.
5.
Contohnya:
Pelajar 1 dari Kumpulan A menjawab cara mengatasi masalah disiplin di sekolah
ialah dengan melaporkan kepada guru. Pelajar 2, 3 atau 4 daripada kumpulan
tersebut perlu memikirkan perspektif lain pula seperti dirujuk kepada
kaunselor, diberikan jawatan tertentu dan sebagainya.
6.
Secara
tidak langsung, pelajar dapat sama-sama melakukan brainstorming bagi
menjana kepelbagaian idea bagi menjawab satu soalan.
7.
Masa
20 minit diberikan untuk menyelesaikan menjawab soalan dan menyiapkan template
kanvas.
8.
Soalan
dan jawapan ditulis atas sticky notes supaya pada masa akan datang, kanvas
tersebut boleh digunakan lagi untuk menjawab soalan lain.
Setelah selesai menjawab:
1.
Kanvas
akan dipaparkan di dinding kelas.
2.
Guru
menyemak dan menulis penambahbaikan kepada jawapan pelajar di atas sticky notes
berbeza warna dan menampalnya dalam ruang jawapan pelajar tersebut
3.
Guru
dapat menunjuk ajar pelajar dalam kumpulan kecil dan pelajar lebih fokus
4.
Guru
beralih ke kumpulan lain dan meneruskan sesi teguran dan penambahbaikan
5.
Setelah
guru selesai, ketua kumpulan akan menunggu di Kanvas KBAT kumpulan
masing-masing dan menunggu lawatan daripada rakan-rakan dari kumpulan lain
6.
Dalam
aktiviti ini, pelajar sentiasa bergerak dan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti prmbelajaran di dalam kelas
Refleksi:
·
Dalam
kelas ini, pelajar banyak didedahkan dengan beberapa skill iaitu:
o
Komunikasi
o
Kolaborasi
o
Pembelajaran
Konstruktivisme
·
Penggunaan
Sticky Notes dapat menggalakkan pembelajaran aktif kerana sifatnya yang
fleksibel.
· Pelajar
kadangkala lebih mudah belajar dengan rakan sebaya kerana jurang perbezaan di
antara mereka tidak jauh. Oleh sebab itu, aktiviti berkumpulan perlu selalu
dilaksanakan supaya kelebihan ini dapat digunakan sebaik mungkin.
Comments
Post a Comment