Kali pertama mengenali webinar
Pengalaman mengaplikasikan webinar ini terutamanya ketika webinar MARA Digital Learning berlangsung dapat saya kongsikan bersama pihak-pihak tertentu. Terbaru, saya berkesempatan membantu pihak MARA Excellence Centre (MEC) mengendalikan siri webinar ceramah agama sempena Ramadhan kepada kakitangan MARA seluruh negara menggunakan Microsoft Teams. Saya berpeluang memberikan latihan dan praktikal penggunaan Microsoft Teams kepada kakitangan MEC. Siri webinar ini dikendalikan oleh Encik Helmi dari MEC selaku moderator, barisan ustaz ustazah MARA yang hebat belaka sebagai penceramah, manakala saya dan Ustaz Murshid dari MRSM Kepala Batas sebagai jawatankuasa teknikal. Para peserta terdiri daripada kakitangan MARA seluruh Malaysia yang rata-ratanya baru pertama kali mengikuti kursus dalam talian seperti ini. Tahniah MEC atas pembaharuan yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi di musim PKP dan pandemic COVID-19 ini di mana kursus tidak dapat dijalankan seperti biasa, webinar ini adalah sebagai satu allternatif kursus dalam talian yang dilaksanakan oleh MEC bagi keperluan kursus tahunan kakitangan MARA. Alhamdulillah, semoga ianya dapat dikembangkan lagi untuk manfaat bersama.
Kesimpulan
Januari
2020 adalah kali pertama saya menyampaikan ceramah webinar. Encik
Zulhilmi Ahmad dari Microsoft yang saya kenali melalui program Microsoft Innovative Educator Expert merancang untuk mengadakan siri webinar pendidikan melalui platform
Microsoft Teams. Ketika itu, istilah webinar masih agak janggal didengari dalam
kalangan pendidik. Saya mengambil jemputan beliau sebagai satu cabaran dan
pengalaman baru dalam memasuki era baru sebagai pendidik. Beliau meminta saya kongsikan
tentang bagaimana saya menggunakan platform Flipgrid dalam PDPC. Ketika itu tidak ramai lagi pendidik dari Malaysia
menggunakan Flipgrid. Saya mengenali Flipgrid daripada rakan Skype, Cikgu
Arif Zakwan dari MRSM Johor Bahru melalui posting-posting beliau di Facebook
tentang Flipgrid. Sejak itu saya explore sendiri tentang Flipgrid dan
selalu juga merujuk kepada tuan mentor, Cikgu Aliff Othman dari Sandakan yang mula saya kenali ketika sama-sama menjadi Jurulatih Utama Inovasi MARA.
Disebabkan
masih belum biasa dengan penggunaan Microsoft Teams, saya
mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Encik Zul di Menara Shell, Kuala
Lumpur, bangunan terletaknya ibu pejabat Microsoft. Kebetulan ada kursus
berkaitan inovasi di Hotel Summit pada November 2019, jadi boleh lah berjumpa
dengan beliau secara bersemuka. Masih saya ingat ketika mula-mula menjejakkan
kaki ke ibu pejabat Microsoft, perasaan teruja tidak dapat disembunyikan lagi
kerana ia umpama impian menjadi kenyataan sejak melibatkan diri dengan program
pendidikan Microsoft Innovative Educator sejak 2 tahun sebelum itu. Saya menjadi semakin mahir dengan beberapa aplikasinya
sejak mendapat durian runtuh apabila memenangi cabutan bertuah Surface Go pada
Disember 2018 ketika menyertai Seminar Pendidikan Intel anjuran syarikat SYS (pembekal
produk Joi, Intel dll) bersama isteri saya. Sejak
melibatkan diri dengan MIE dan memenangi cabutan bertuah Surface Go, saya tidak
menoleh ke belakang lagi dan meneruskan perjuangan untuk menguasai ilmu
teknologi pendidikan melalui Microsoft Educator Center (platform pembelajaran
kendiri tentang PAK-21 dan teknologi dalam pendidikan di internet).
Pertemuan dengan Encik Zulhilmi yang banyak jasanya kepada guru di Malaysia
Jadi, apabila
mendapat tawaran berkongsi ilmu melalui platform online, saya tidak mahu
melepaskan peluang itu dan menerimanya supaya dapat memanfaatkan sedikit
ilmu yang ada dengan berkongsi bersama rakan pendidik di samping dapat terus memahirkan
diri. Ketika
pertemuan itu, Encik Zul belanja saya makan Chicken Grill yang sangat sedap di
sebuah restoran di Menara Shell. Terima kasih banyak tuan. Beliau seorang yang ramah, murah dengan
senyuman dan tidak kedekut ilmu kerana sentiasa bersiap sedia membantu guru-guru
di seluruh negara dalam mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan pada bila-bila masa. Beliau juga berpengalaman sebagai seorang guru sebelum ini. Ilmu tentang aplikasi teknologi dalam
pendidikan yang saya dapat daripada beliau terutamanya bagaimana mengendalikan webinar
menggunakan Microsoft Teams sangat saya hargai dan tiba masanya kini untuk kongsikan pula ilmu yang sama kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Disebabkan
saya bermula dengan “zero” tentang Microsoft Teams, kami melakukan rehearsel secara
dalam talian seingat saya 3 kali sebelum webinar sebenar berlangsung. Beliau membimbing saya daripada A-Z tentang bagaimana mencipta mesyuarat, menambah ahli,
melakukan siaran langsung sehinggalah merakam ceramah dan sebagainya. Alhamdulillah untuk kali
pertama ketika itu, webinar tersebut diikuti secara konsisten
oleh 17-20 orang pendidik dari seluruh negara. Satu angka yang boleh tahan juga
menurut Encik Zul, sebab masa tu orang tidak biasa lagi dengan webinar. Para peserta
yang hadir pun kebanyakannya baru pertama kali mengikuti webinar.
Masalah sentiasa berlaku.
Selepas itu,
saya terus menggunakan Microsoft Teams bersama-sama pelajar dengan
mengamalkan konsep Flipped Classroom iaitu satu konsep pembelajaran yang boleh
dilakukan di mana sahaja pada bila-bila masa dengan menjadikan kemudahan
internet sebagai salah satu sumber utama penghubung di antara guru dan pelajar.
Saya juga merujuk konsep Flipped Classroom ini daripada Cikgu Hailmi, seorang tokoh
pendidik di Malaysia dalam blog beliau yang terkenal itu. Apa respon saya ketika mula-mula mengaplikasikan
ini semua? Tentulah tidak seronok, banyak masalah teknikal, komputer makmal “hang”,
berebut guna makmal komputer dengan guru lain, pelajar pun ada kekangan bawa
telefon dan laptop ke kelas, dan komitmen masa saya bertambah kerana persediaan
dalam mengamalkan Flipped Classroom ini boleh bikin kepala pecah kerana guru
dituntut untuk sentiasa berfikiran kreatif sebab konsep pembelajaran berpusatkan
pelajar. Ia tentang pelajar, bukan tentang cikgu! Tetapi lama kelamaan apabila sudah biasa, ia bukan satu masalah lagi.
Tambahan pula,
saya bukan guru komputer, hanya seorang ustaz yang berminat dengan semua ini
ketika usia menginjak 32 tahun dan sekarang ini tahun 2020 saya telah pun
berusia 36 tahun. Masalah teknikal adalah paling mencabar dan kalau di sekolah,
saya banyak merujuk masalah ini kepada staf teknikal saudara Azmi, Puan
Yuriati, cikgu komputer iaitu Cikgu Aishah, Cikgu Muzammir juga Cikgu Fitri,
pakar FB adds, youtuber dan Photoshop. Walaupun kadangkala agak kesal kenapa tak memulakan semua ini lebih awal, tetapi saya tetap bersyukur kerana
mengamalkan teknologi dalam pendidikan menjadikan seolah-olah kita rebrand
dan refresh kemahiran lalu menjadikan diri "perasan" muda dan lebih bersemangat
mengamalkan PAK-21.
Setiap perkara
yang kita amalkan pastinya ada masalah. Apa masalah yang boleh diselesaikan, saya akan selesaikan atau mohon
bantuan mereka yang lebih pakar. Masalah yang tidak dapat diselesaikan, biarkan saja ia berlalu. Pada pengamatan saya, masalah terbesar ialah memberi
kefahaman segera kepada orang lain tentang kepentingan ini semua dan mencari
orang yang betul-betul boleh menyokong apa yang kita percaya. Dalam hal ini,
orang paling rapat dengan saya adalah isteri saya sendiri, Nurul Adha Rajali. Beliau adalah pakar rujuk saya untuk
penggunaan media sosial termasuk Whatsapp sebab saya ada peristiwa hitam
dikejarkan ke hospital dengan ambulan kerana tiba-tiba jadi pening kepala tidak
tahan dengan asakan mesej-mesej di Whatsapp ketika mula-mula menggunakannya
dulu sampai saya terpaksa uninstall Whatsapp selama beberapa bulan. Tapi sekarang
ni saya dah biasa sampai terlebih guna pulak.hehe
COVID-19 dan Normal Baharu bidang
pendidikan
Selepas itu,
wabak COVID-19 pun melanda dunia dan memberikan impak sangat besar sehingga
memaksa dunia berubah ke arah Normal Baharu. Dalam bidang pendidikan, sektor
ini terkesan kerana sekolah tidak dapat dibuka, aktiviti pembelajaran rasmi
anak-anak terhenti seketika, peperiksaan besar terpaksa ditangguhkan ke tahun
hadapan dan banyak lagi. Konsep bekerja dari rumah mula popular dan terpaksa
dijalankan bagi memastikan kelangsungan hidup dan pekerjaan kita. Siri-siri webinar,
tele-konferens, remote learning dan pembelajaran dalam talian sedia
mengambil alih aktiviti PDPC biasa. Guru dan pelajar terdesak untuk beradaptasi
dengan semua pembaharuan ini kerana ini adalah salah satu kaedah terbaik yang
boleh diamalkan buat masa ini.
Walaupun
banyak kekangan seperti faktor capaian internet yang terhad, masalah penggunaan
gajet, kekurangan ilmu tentang aplikasi-aplikasi bahan bantu mengajar di telefon
dan internet dan lain-lain, kita tidak punya banyak pilihan dan harus belajar
menggunakan semua ini sesegera mungkin demi survival bidang pendidikan. Kita
selesaikan masalah di pihak kita terlebih dahulu. Masalah lain yang tiada kaitan
sangat dengan kita, serahkan saja kepada mereka yang bertanggungjawab. Kita
hampir tiada masa untuk beralasan dan lakukan apa yang terdaya kita lakukan.
Sebagai contoh, menuntut ilmu melalui siri webinar secara langsung atau pun
rakaman, atau menonton dan mula melayari tutorial yang banyak terdapat di
internet untuk kemajuan diri kita. Percayalah, inilah masanya kita akan berasa
lebih segar dengan ilmu baru yang sedia untuk kita aplikasikan setelah selesa
dengan cara lama kita sejak sekian lama.
Di sebalik tabir Webinar MARA
Digital Learning
Sejak PKP
berlangsung, Puan Wan Juliana yang kami panggil Kak Julie mengambil inisiatif
menubuhkan kumpulan telegram MARA Digital Learning bagi menyebarkan penggunaan
teknologi dalam pendidikan melalui perkongsian ilmu di laman telegram. Kak
Julie, mengumpulkan kami, Microsoft Innovative Educator Expert dalam kalangan pendidik
MARA untuk memberikan khidmat kami berkongsi ilmu teknologi pendidikan kepada
warga MARA khususnya. Buat permulaan ini, kami menganjurkan siri webinar dalam
talian yang banyak memfokuskan kepada beberapa aplikasi sebagai contoh Office 365. Setiap kakitangan MARA telah pun dibekalkan akaun Office 365. Dalam masa yang sama, aplikasi lain yang
bermanfaat seperti Google Classroom, Flipgrid, Wakelet, Minecraft, Edpuzzle dan lain-lain
juga dijadikan tajuk utama siri webinar ini. Webinar dianjurkan melalui penggunaan
Microsoft Teams sebagai platform utama dengan Kak Julie bertindak sebagai
produser, moderator, admin kepada program ini. Cikgu Azrul (MRSM Merbok) dan
Cikgu Aliff (MRSM Sandakan) juga antara mentor yang banyak pengalamannya membimbing kami dalam kumpulan
ini, begitu juga Encik Zulhilmi.
Kak Julie seorang yang energetik dan bekerja dengan begitu pantas sekali.
Juga merupakan seorang Fellow dalam program MIEE yang sangat berpengalaman dan
berpengetahuan dalam 21st Century Learning Design. Beliau sentiasa
menjadi pakar rujuk dalam bidang ini dan saya berasa sangat bertuah sekali
dapat sama-sama dalam usaha menyemarakkan penggunaan teknologi pendidkan dalam
kalangan warga MARA khususnya dan pendidik seluruh Malaysia umumnya. Beliau juga berpesan supaya tidak perlu taksub dengan satu aliran teknologi sahaja
sehingga menafikan aliran yang lain. Kita gunakan sahaja apa jenis teknologi
yang ada, yang penting gunakan dengan tujuan yang jelas. Bukan gunakan ia
semata-mata mengikut trend atau untuk kelihatan hebat tetapi tidak memberi
impak kepada proses pembelajaran dan pelajar kita.
Dalam siri
webinar MARA Digital Learning ini saya bertindak sebagai penceramah keempat
bagi slot Flipgrid, sebagai ahli jawatankuasa pembaca doa dan juga admin ketika sesi-sesi webinar berlangsung bagi membantu penceramah
menjawab soalan-soalan para peserta. Kak Julie menetapkan disiplin dan
standard yang tinggi untuk setiap sesi webinar kerana mahukan ia menjadi satu
sesi yang profesional. Setiap sesi webinar memerlukan rehearsel untuk melatih kecekapan
penceramah dan juga bagi menguji adaptasi teknologi. Rehearsel biasanya
dijalankan pada jam 11.00 pagi sebelum sesi sebenar berlangsung pada pukul 3.00
petang. Segala teguran penambahbaikan kami sebagai penceramah dan admin ambil
maklum.
Proses rehearsel ini sebagai sesi latihan yang secara tidak langsung menambahkan kemahiran kami untuk mengaplikasikan teknologi. Setiap admin yang ada dalam kumpulan MARA Digital Learning saling membantu ketika sesi webinar dijalankan secara langsung. Encik Azrul Hafiz (KKTM Indera Mahkota) contohnya memainkan peranan menggunakan kepakarannya menjalankan Live Streaming webinar melalui saluran Youtube menggunakan aplikasi OBS. Peluang menjadi admin ini saya lihat sebagai medan menuntut ilmu juga kerana kami sentiasa dapat update terkini tentang teknologi pendidikan juga masalah-masalah baru yang dihadapi oleh ahli telegram yang kami sendiri tidak pernah alami. Proses ini dapat menambah kompetensi kami dan amat bermanfaat. Kami juga sangat berbesar hati untuk kongsikan pengalaman melalui proses ini kepada rakan-rakan pendidik yang berminat.
Siri Webinar Tazkirah Ihya Ramadhan
Proses rehearsel ini sebagai sesi latihan yang secara tidak langsung menambahkan kemahiran kami untuk mengaplikasikan teknologi. Setiap admin yang ada dalam kumpulan MARA Digital Learning saling membantu ketika sesi webinar dijalankan secara langsung. Encik Azrul Hafiz (KKTM Indera Mahkota) contohnya memainkan peranan menggunakan kepakarannya menjalankan Live Streaming webinar melalui saluran Youtube menggunakan aplikasi OBS. Peluang menjadi admin ini saya lihat sebagai medan menuntut ilmu juga kerana kami sentiasa dapat update terkini tentang teknologi pendidikan juga masalah-masalah baru yang dihadapi oleh ahli telegram yang kami sendiri tidak pernah alami. Proses ini dapat menambah kompetensi kami dan amat bermanfaat. Kami juga sangat berbesar hati untuk kongsikan pengalaman melalui proses ini kepada rakan-rakan pendidik yang berminat.
Siri Webinar Tazkirah Ihya Ramadhan
Pengalaman mengaplikasikan webinar ini terutamanya ketika webinar MARA Digital Learning berlangsung dapat saya kongsikan bersama pihak-pihak tertentu. Terbaru, saya berkesempatan membantu pihak MARA Excellence Centre (MEC) mengendalikan siri webinar ceramah agama sempena Ramadhan kepada kakitangan MARA seluruh negara menggunakan Microsoft Teams. Saya berpeluang memberikan latihan dan praktikal penggunaan Microsoft Teams kepada kakitangan MEC. Siri webinar ini dikendalikan oleh Encik Helmi dari MEC selaku moderator, barisan ustaz ustazah MARA yang hebat belaka sebagai penceramah, manakala saya dan Ustaz Murshid dari MRSM Kepala Batas sebagai jawatankuasa teknikal. Para peserta terdiri daripada kakitangan MARA seluruh Malaysia yang rata-ratanya baru pertama kali mengikuti kursus dalam talian seperti ini. Tahniah MEC atas pembaharuan yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi di musim PKP dan pandemic COVID-19 ini di mana kursus tidak dapat dijalankan seperti biasa, webinar ini adalah sebagai satu allternatif kursus dalam talian yang dilaksanakan oleh MEC bagi keperluan kursus tahunan kakitangan MARA. Alhamdulillah, semoga ianya dapat dikembangkan lagi untuk manfaat bersama.
Satu lagi
webinar yang saya sertai sebagai penceramah adalah siri webinar anjuran Cikgu Get Certified, Pendidik Digital MY dan Jabatn Pendidikan Negeri Johor yang ditunjangi oleh Cikgu
Yu. Pada mulanya saya mendapat PM daripada moderator
webinar, Cikgu Goh (Top 5 Cikgu Juara Digital 2020) untuk kongsikan tentang
Flipgrid dan bergandingan dengan Cikgu Arif Zakwan dari MRSM Johor Bahru dalam
seminar tersebut. Saya menerima dengan senang hati walaupun ada sedikit
kegusaran dalam jiwa. Yang pertama, kegusaran tentang talian internet. Saya menggunakan hotspot saja kerana belum melanggan wifi di rumah.
Hotspot tidak begitu stabil lebih-lebih lagi sebagai penceramah kerana kita
perlukan internet yang stabil untuk kongsikan skrin kepada khalayak peserta contohnya.
Sebagai peserta untuk menonton, tidak ada masalah.
Sesi percubaan platform Streamyard.
Pengalaman pertama menggunakannya. Sangat mudah.
Ceramah webinar saya sebelum ini menggunakan
wifi di sekolah. Tetapi dengan perintah PKP yang semakin ketat dan ini lebih
kepada tugasan CSR (tiada surat arahan bekerja daripada organisasi), saya tidak
dapat ke sekolah yang jaraknya 15 km dari rumah untuk akses kepada wifi. Kegusaran
yang kedua ialah, webinar tersebut tidak menggunakan Microsoft Teams yang saya
biasa gunakan tetapi menggunakan platform Streamyard. Namun, saya mengambil
tanggungjawab ini dan sedia menghadapi masalah tersebut. Ketika webinar berlangsung, saya meminta bantuan Cikgu Arif untuk membantu mengendalikan power point ceramah kerana hotspot saya kurang stabil ekoran hujan lebat dan tidak berjaya berkongsi skrin.
Webinar ini
berjalan lancar tetapi sesekali tersangkut-sangkut taliannya kerana masalah cuaca tadi. Disebabkan ini, saya sudah mula menempah wifi Time untuk dipasang di rumah memandangkan Normal Baharu menuntut Remote Learning dan wifi adalah satu keperluan sekarang. Alhamdulillah,
secara keseluruhan webinar berjalan lancar berdasarkan maklum balas peserta.
Satu kejutan yang saya terima, sesi tersebut disertai oleh lebih kurang 4000
orang peserta dengan 3532 peserta menjadikannya sebagai keperluan kursus tahunan
mereka. Pengalaman baru saya dengan penyertaan peserta webinar mencapai
angka ribu. Itulah antara penangan Cikgu Get Certified, Pendidik Digital My dengan kerjasama JPN Johor yang punya pengikutnya sendiri
dan juga semangat para pendidik di Malaysia untuk mengadaptasi teknologi dalam
PDPC mereka. Tahniah rakan-rakan pendidik semua.
Coretan kali
ini agak panjang kerana agak lama saya tidak kemaskini blog ini ekoran sedikit sibuk
terlibat dalam beberapa siri webinar dan dalam masa yang sama perlu bekerja
dari rumah untuk sesi PDPC dalam talian. Semoga perkongsian pengalaman ini memberikan
manfaat sedikit sebanyak kepada para pengunjung. Sebelum memulakan blog ini, saya
mengikuti blog Cikgu Hailmi sejak 5 tahun yang lepas dan penulisan beliau
sangat memberikan inspirasi kepada saya untuk menjadi pendidik yang lebih baik.
Ya, penulisan adalah satu cara mendapatkan inspirasi dan terapi minda. Kepada
rakan-rakan pendidik, teruskan berkongsi penulisan dan ilmu anda kerana kita
tidak tahu siapa yang akan terinspirasi dengan penulisan kita dan dapat
mengubah mereka menjadi orang yang lebih baik. Kesan penulisan kita bukan diukur
kepada sifat viralnya semata-mata. Waallahua’lam.
tahniah. pengalaman yang menarik dan boleh dijadikan sumber inspirasi oleh semua orang. siapa sangka seorang ustaz dapat menguasai bidang IT malah lebih baik dari orang IT sendiri. dimana ada kemahuan disitu ada jalan. moga terus maju jaya
ReplyDeletealhamdulillah sedikit ilmu yg ada kita kongsikan utk manfaat bersama. IT dah kasih jadi keperluan bidang pendidikan masa kini, nak tak nak kena beradaptasi juga..terima kasih atas ucapan dan doa😁
ReplyDelete