Lawatan Muhibah MRSM
Balik Pulau Ke Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia
Tarikh :
14 Julai 2020 (Selasa)
Masa :
10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Bilik
Persidangan Idris Babjee, PPIP, USM
Kehadiran :
TPKA, Ketua-ketua Jabatan, Penyelaras JK PAK-21, Penyelaras Jadual
Pada 14 Julai 2020 lepas, MRSM
Balik Pulau telah membuat lawatan muhibah ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM
bagi menjalin kerjasama dan mendapatkan tunjuk ajar daripada pihak USM dalam
ilmu pengurusan pendidikan. Antara objektif lawatan ini adalah untuk
mendapatkan khidmat kepakaran USM dalam bidang pendidikan terutamanya dalam
aspek pembangunan profesionalisme perguruan dan kemenjadian pelajar dalam
bidang akademik serta sahsiah.
Kehadiran delegasi MRSM Balik Pulau ke Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, USM disambut mesra oleh Encik
Mohd Faizal Bin Md Osman, Ketua Penolong Pendaftar dengan
pengamalan Normal Baharu iaitu pemeriksaan suhu badan dan pendaftaran buku
log. Lebih istimewa lagi, pihak Timbalan
Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato' Ir. Dr.
Abdul Rahman Mohamed dan Dekan,
Profesor
Madya Dr. Shaik Abdul Malik Bin Mohamed Ismail sudi hadir beramah mesra
dengan pihak MRSM. Kami dijemput untuk menikmati santapan dengan pelbagai
hidangan dan aneka juadah yang disediakan oleh pihak USM.
|
Sepanjang sesi makan bersama,
kemesraan Yang Berbahagia Dato’ TNC begitu dirasai. Banyak input
juga yang kami dapat walaupun dalam sembang-sembag santai sambil menikmati
juadah yang sedap-sedap belaka. Lebih-lebih lagi Yang Berbahagia Dato’ TNC merupakan
bekas pelajar MRSM Kulim dan berpengalaman menjadi Presiden MUAFAKAT kepada
MRSM Transkrian dan MRSM Taiping. Pengalaman beliau bersama MARA dari dahulu
sehingga kini tidak lah dapat disangkal lagi. Beliau juga merupakan seorang
Ikon bagi warga MARA terutamanya MRSM dan menjadi contoh serta inspirasi kepada
kami dalam mencapai kejayaan. Beliau juga pernah kami jemput dalam memberi
ucaptama, perasmi dan penyampai dalam majlis graduasi di MRSM Balik Pulau.
Mengutip mutiara-mutiara berharga daripada para ilmuan
Ucapan Dekan
Selepas itu, kami semua berkumpul di Bilik Persidangan Idris Babjee,
untuk sesi taklimat dan dialog di antara kedua-dua belah pihak. Sesi ini
dimulakan dengan Dekan, Profesor Madya Dr. Shaik Abdul Malik Bin Mohamed Ismail terlebih dahulu menyampaikan kata-kata aluan.
Beliau memperkenalkan barisan kepimpinan penting yang hadir dan serba sedikit
latar belakang mereka.
Antaranya ialah Timbalan Dekan (Akademik,
Kerjaya dan Antarabangsa), Dr. Syed Mohamad Bin Syed
Abdullah, Timbalan Dekan
(Penyelidikan, Inovasi Dan Libatsama Industri-Komuniti), Profesor Madya Dr. Salmiza Binti Saleh,
Ketua Penolong Pendaftar, Encik Mohd
Faizal Bin Md Osman dan beberapa orang lagi pensyarah yang memegang portfolio
kepimpinan berkaitan kaunseling, STEM dan lain-lain. Dalam
ucapan beliau menyatakan, pihak USM sangat berbesar hati untuk bekerjasama dan
sedia membantu sekiranya diperlukan. Beliau menceritakan serba sedikit latar
belakang USM yang antara lain menempa kejayaan sebagai 150-200 universiti
terbaik di dunia dalam program Ijazah Tinggi mereka.
Pihak Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan juga aktif dalam menjalankan khidmat komuniti kepada masyarakat
seperti menjalankan tuisyen hujung minggu kepada pelajar-pelajar miskin.
Program ini telah dijalankan secara konsisten selama 10 tahun. Ada juga beberapa sekolah yang bekerjasama
dengan pihak mereka untuk memberikan tunjuk ajar dan kelas tambahan bagi
pelajar yang tercicir dan lemah dalam subjek tertentu dalam pelajaran. Bagi
perkhidmatan kaunseling, pihak USM juga punya pelbagai modul untuk dilaksanakan
bagi tujuan pembangunan diri pelajar serta guru. Pihak kaunselor USM juga telah
melaksanakan beberapa modul kaunseling kepada beberapa institusi seperti Kolej
MARA Kulim.
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
juga mendapat kepercayaan daripada pihak kerajaan Malaysia melalui ICU, NCIA dan lain-lain apabila
menerima sejumlah peruntukan yang besar untuk melaksanakan program-program pendidikan
komuniti yan
g melibatkan pelajar, ibu bapa dan guru. Bagi pihak MRSM Balik Pulau, kami juga berhasrat untuk turut serta dalam program-program anjuran pihak USM pada masa akan datang sekiranya berpeluang.
g melibatkan pelajar, ibu bapa dan guru. Bagi pihak MRSM Balik Pulau, kami juga berhasrat untuk turut serta dalam program-program anjuran pihak USM pada masa akan datang sekiranya berpeluang.
Penyelaras Jawatankuasa PAK-21 &
Penyelaras Jadual Waktu
Ucapan TNC
Kemudian, Dekan menjemput Timbalan
Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menyampaikan
amanat beliau dalam pertemuan tersebut. Beliau mengalu-alukan kehadiran
kami dan sedia menawarkan kepakaran USM bagi membantu MRSM Balik Pulau
meningkatkan lagi kualiti pendidikan dan pembangunan profesionalisme para
pendidik. Menurutnya, sistem pendidikan MRSM bukan sahaja menjadi contoh
terbaik di Malaysia, malah ia telah terbukti mampu melahirkan produk kepimpinan
bertaraf antarabangsa sehingga mahu dicontohi dan dipelajari sistemnya oleh
pihak luar.
Beliau menyatakan rasa kagumnya
bagaimana sistem pendidikan MRSM mampu membantu golongan sederhana dalam bidang
pembelajaran yang pada mulanya masuk ke MRSM dengan pencapaian agak rendah, tetapi
akhirnya apabila tamat pembelajaran di MRSM mampu mencapai kejayaan cemerlang
dalam akademik dan berjaya melanjutkan pembelajaran ke luar negara. Beliau
memberikan contoh seorang pelajar MRSM Balik Pulau yang pernah ditemui beliau
yang masuk dengan kelayakan minimum 3A dalam UPSR akhirnya berjaya melanjutkan
dan bergraduat di salah sebuah universiti dari Australia.
Beliau juga menyatakan hasratnya
supaya para pelajar mengekalkan minat mereka dalam bidang Sains, kerana pada
masa kini dan akan datang, negara sangat memerlukan lulusan bidang STEM bagi
tujuan pembangunan dan kemajuan negara. Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul
Rahman Mohamed merupakan salah seorang pemikir dan tokoh yang banyak
menyumbang kepakaran beliau dalam memacu kemajuan pembangunan STEM di Malaysia.
Pihak USM juga sedia membantu dalam memberikan khidmat kaunseling kerjaya
kepada para pelajar kerana terdapat beberapa kes ada pelajar yang meminati
bidang kerjaya tertentu seperti perubatan tetapi tidak mengambil subjek Biologi
bagi menyokong minat mereka itu. Mengetahui laluan kerjaya yang betul lebih
awal dapat membantu pelajar memilih kerjaya yang bertepatan dengan minat
mereka.
Ucapan TPKA, MRSM Balik Pulau
Kemudian, program diteruskan lagi
dengan ucapan Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik, Tuan Haji Norfairizam
Nordin yang menyatakan rasa terharu atas sambutan yang diterima oleh delegasi
MRSM Balik Pulau dalam sesi lawatan ini. Beliau mengucapkan penghargaan atas
kesudian pihak USM menerima kehadiran kami lebih-lebih lagi apabila pihak Profesor
Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed sendiri hadir dalam pertemuan
tersebut dan menyambut kami. Dalam ucapan tersebut, beliau melahirkan hasrat
untuk mendapatkan bimbingan pihak USM untuk berkongsi kepakaran dalam
membangunkan profesionalisme guru-guru MRSM Balik Pulau terutamanya dalam aspek
berkaitan pembangunan bahan pengajaran, pedagogi dan penguasaan terhadap
teknologi pendidikan.
Ada beberapa aspek yang pihak
kami agak ketinggalan seperti pengetahuan tentang pembinaan instrument,
pengetahuan tentang dapatan dan data kaji selidik terhadap pedagogi terbaik.
Perkara-perkara ini diharapkan oleh pihak kami agar mendapat tunjuk ajar
darpada kepakaran pihak USM.TPKA memetik kata-kata daripada puan pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah MARA yang menyatakan bahawa MRSM perlu mempelopori
bidang STEM di negara ini. Beliau juga berpesan supaya pihak MRSM menggunakan
kebijaksanaan untuk menjalin kerjasama dengan pihak luar bagi menambahbaik
kemahiran kakitangan terutamanya dalam PDPC.
Tambahnya lagi, sebagai sebuah
pusat pendidikan yang telah diiktiraf sebagai IB World School, guru-guru di
MSRSM Balik Pulau sentiasa komited dan sanggup pulang lewat malam bagi
memastikan status sebagai sekolah bertaraf
antarabangsa dapat dicapai. Untuk itu, pihak maktab memerlukan bimbingan dan
perkongsian kepakaran pihak USM bagi mengekekalkan kecemerlangan tersebut
melalui kerjasama pintar di antara kedua belah pihak.
Diskusi spesifik.
Selepas ucapan daripada pihak
TPKA, program seterusnya adalah pertemuan empat mata dalam kumpulan-kumpulan
kecil untuk mengetahui secara mendalam tentang bidang kepakaran yang ditawarkan
USM. Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya dan
Antarabangsa), Dr. Syed Mohamad Bin Syed
Abdullah mengambil peranan mempengerusikan program tersebut dengan
membuka peluang kepada delegasi kami untuk berdiskusi tentang topik pilihan
masing-masing dan berjumpa dengan beberapa orang pakar dan kepimpinan universiti
untuk mengetahui secara mendalam tentang bidang tugas masing-masing.
Antara kumpulan yang disediakan
ialah Program Pengijazahan Tinggi, Pembangunan Inovasi, Program Kaunseling,
Program STEM dan Pembangunan Modul. Kami berpecah kepada kumpulan kecil dan
mengambil peluang yang diberikan untuk bertanyakan secara terus kepada
pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Suasana perbincangan yang berlangsung
dalam suasana santai dan mesra sangat menggalakkan percambahan idea dan
memberikan kami suntikan semangat untuk berkongsikan pengetahuan yang kami
terima daripada sesi ini kepada rakan-rakan seperjuangan di MRSM Balik Pulau.
Daripada sesi diskusi kumpulan kecil ini, kami mendapat lebih maklumat tentang
program-program menarik dan idea kolaborasi yang boleh dilaksanakan bersama
pada masa akan datang.
Kesimpulannya, program lawatan
ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih mantap di antara dua
institusi pendidikan iaitu MRSM Balik Pulau dan USM. Melalui kerjasama yang
dibentuk ini diharapkan bakal melahirkan generasi pendidik yang berkebolehan
tinggi dan generasi masa hadapan yang bersedia menghadapi arus masa hadapan
yang serba mencabar. Terima kasih pihak Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM
kerana sudi menerima kehadiran kami dan berkongsi kepakaran ilmu bersama pihak
kami.
Comments
Post a Comment